`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 5, 2023

Baki 5 hari kempen, calon PH giat dekati anak muda

 

Suhaizan Kayat mempergiat usaha mendekati pengundi muda ketika tempoh berkempen berbaki lima hari lagi. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Berbaki lima hari tempoh berkempen, calon Pakatan Harapan (PH) PRK Parlimen Pulai Suhaizan Kayat menumpukan kempen kepada usaha mendekati golongan pengundi muda.

Suhaizan berkata, bagi pecutan akhir kempen, beliau bersama jentera PH-Barisan Nasional (PH-BN) akan mempergiat aktiviti menyantuni pengundi muda kerana golongan tersebut dianggap sebagai faktor kemenangan gabungan itu pada PRK berkenaan.

Beliau berkata, selain itu jenteranya akan terus bertemu dengan pengundi pelbagai lapisan masyarakat dan menziarahi kawasan yang dikenal pasti boleh menjadi kubu kuat PH-BN.

“Saya telah berkempen meliputi 70% Parlimen Pulai dan hari ini, saya bertemu pula dengan kumpulan veteran Umno Johor di Pulai.

“Saya amat terharu dengan sokongan veteran Umno kerana mereka adalah ahli kuat Umno dan pengaruh mereka khususnya untuk menarik sokongan pengundi muda amat hebat… saya yakin dengan sokongan veteran Umno, kita mampu pertahankan kemenangan PH di sini,” katanya.

Suhaizan berkata demikian kepada pemberita selepas program bersama veteran Umno Bahagian Pulai di Taman Kemas.

Pada PRK Parlimen Pulai, beliau berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan calon bebas iaitu Samsudin Mohamad Fauzi.

PRK Parlimen Pulai serta DUN Simpang Jeram diadakan serentak susulan kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi diadakan serentak dengan pengundian awal esok dan hari mengundi pada 9 Sept. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.