`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 5, 2023

Hubungan Malaysia-Indonesia mencakupi seni budaya, kata Anwar

 

Anwar Ibrahim menghadiri program bersama pempengaruh dan selebriti di Jakarta, Indonesia malam ini. (Gambar Bernama)

JAKARTA: Hubungan Malaysia dan Indonesia melangkaui bidang diplomatik dan ekonomi malah turut mencakupi seni budaya seiring konsep kerajaan Madani, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, selain hubungan dua hala diplomatik dengan pentadbiran Presiden Joko Widodo serta interaksi dengan pengusaha dan pelabur, pemerkasaan seni budaya turut diberi perhatian.

“Saya mendapatkan juga pengalaman mereka dan cadangan untuk tingkatkan hubungan dua hala, juga memperkasa seni budaya,” katanya kepada media selepas menghadiri program bersama pempengaruh dan selebriti di sini malam ini.

Program “Santai Bersama Anwar” dihadiri seniman, seniwati dan pempengaruh terkemuka Indonesia termasuk Mulan Jameelah, Maruli dan Bara Tampubolon, Kartika Putri, Habib Usman, Selvi Kitty serta Melly Goeslow selain artis Malaysia Fazura.

Antara perkara dibincang pada pertemuan itu ialah usaha memperjuang nasib golongan artis, menjadikan seni budaya sebagai medium dakwah, kerjasama artis kedua-dua negara dan peranan mereka dalam menjaga hubungan harmonis dua negara.

Anwar tiba di sini petang tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-43 yang bermula esok hingga 7 Sept.

Beliau dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama Rakan Dialog Asean antaranya Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.