`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 14, 2023

Chegubard ditahan kerana tak beri kerjasama, kata Bukit Aman

 

Badrul Hisham Shaharin enggan memberi kerjasama kepada polis selepas dipanggil untuk membantu siasatan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain.

PETALING JAYA: Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegubard ditahan kerana beberapa kali enggan hadir memberi kenyataan kepada polis berhubung siasatan terhadap enam laporan yang dibuat terhadapnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain berkata antara siasatan terhadap Badrul termasuklah berkait isu Ambalat, pendedahan harta yang dimiliki Anwar Ibrahim dan kes kebocoran dokumen sebuah jabatan kerajaan.

Katanya, Badrul juga disiasat berkaitan kenyataannya yang mempersoalkan kerajaan dalam menangani isu berkaitan kaum, agama dan raja atau 3R.

“Polis sudah beberapa kali memanggil Badrul untuk merakam percakapan tetapi beliau gagal hadir membantu siasatan. Badrul terima notis tetapi menyatakan beliau enggan hadir.

“Kami tiada pilihan dan memohon waran tangkap berhubung kes-kes ini. Tangkapan beliau juga tiada kaitan dengan penganjuran perhimpunan Sabtu ini,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Menurutnya, Badrul ditangkap di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas mendapat waran tangkap oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Katanya, polis akan menyelesaikan soal siasat mereka dalam tempoh 24 jam pertama selepas penahanan kira-kira jam 8 malam tadi.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Nadzir Helmi ketika mengesahkan penangkapan itu kepada FMT berkata Chegubard ditahan ketika mahu menghadiri mesyuarat berkait perhimpunan itu.

Pemuda PN mengumumkan perhimpunan “Selamatkan Malaysia” akan diadakan pada Sabtu ini bagi membantah keputusan melepas tanpa membebaskan Zahid Hamidi daripada tuduhan rasuah.

Ads by Kiosked

Perhimpunan itu pada mulanya dirancang diadakan diluar pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, tetapi Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata mereka terbuka untuk menukar lokasi di Bukit Bintang.

Bagaimanapun, polis berkata pihaknya tidak menerima sebarang permakluman untuk mengadakan perhimpunan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.