`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 5, 2023

Rogol bergilir: Abang ipar dicekup, 4 masih diburu

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan, berkata suspek ditahan pada 11.30 malam, Sabtu.

PETALING JAYA: Seorang daripada lima suspek kes rogol bergilir diburu sejak minggu lalu berjaya diberkas di Wangsa Maju, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan.

Katanya, suspek yang juga abang ipar mangsa ditahan pada 11.30 malam, pada Sabtu.

“Suspek kini direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

“Polis kini sedang giat mengesan empat lagi suspek yang masih bebas,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, dilaporkan dalam kejadian pada kira-kira 3.30 pagi, Rabu lalu, mangsa tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir lima individu, dipercayai termasuk rakan abang iparnya.

Perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek, dan selepas merogol mangsa, semua suspek melarikan diri.

Memetik Buletin TV3, Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid, berkata pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.