`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 5, 2023

Tiong nasihat Dr M contohi Pak Lah, lepas undur ‘tak bising’

 

Tiong King Sing berkata Dr Mahathir Mohamad perlu mencontohi sikap perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Tiong King Sing meminta bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berhenti mengelirukan orang ramai terutamanya melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Tiong yang juga menteri pelancongan, seni dan budaya, berkata mana-mana pemimpin di negara ini seharusnya mencontohi sikap perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi yang berdiam diri dan terus mendoakan kesejahteraan untuk negara ini.

“Saya minta Dr Mahathir belajar dengan Abdullah, apabila berundur diri, beliau terus diam. Sampai hari ini beliau diam dan tidak bising.

“Sebaliknya mendoakan untuk negara kita. Kenapa Dr Mahathir tidak boleh duduk diam?” katanya berucap pada program Jamuan Perpaduan Bersama Masyarakat Cina di Taman Bukit Indah malam tadi.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga Presiden Amanah Mohamad Sabu dan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai Suhaizan Kayat.

Sementara itu, Tiong yang juga ahli Parlimen Bintulu berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak perlu menggunakan sentimen menghukum yang boleh menimbulkan salah faham kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Sekarang kita nampak dan dengar macam-macam cerita daripada PAS. PAS buat ibarat (hanya ada) satu bangsa, satu agama sahaja di Malaysia.

“Mungkin Muhyiddin terlupa Malaysia ada berbilang kaum dan agama, kenalah saling hormat-menghormati. Janganlah jadi batu api hanya kerana mahukan undi rakyat,” katanya.

Pada masa yang sama, Tiong turut berharap masyarakat memberi peluang dan masa kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memulihkan ekonomi negara.

Sabtu lalu, Muhyiddin semasa ceramah perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram hukumnya bagi mereka mengundi Suhaizan pada PRK Parlimen Pulai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.