`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 26, 2023

Tuntutan palsu RM160,000, SPRM tahan pembantu tadbir

 

Wanita berusia 40-an itu ditahan kira-kira 12 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang pembantu tadbir ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah semalam kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pelbagai pembekalan dan perkhidmatan berjumlah kira-kira RM160,000.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu ditahan kira-kira 12 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

Katanya, kakitangan sebuah jabatan kerajaan itu dipercayai membuat tuntutan palsu bagi perkhidmatan tidak pernah dibekalkan.

Ads by Kiosked

“Suspek disyaki terbabit dalam tuntutan palsu pada 2018 hingga 2020, dengan mengemukakan 11 invois atas nama dua syarikat berbeza.

“Dalam tuntutan itu, terdapat pelbagai pembekalan dan perkhidmatan tidak dilaksanakan membabitkan penganjuran lapan program,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, suspek dilepaskan dengan jaminan RM10,000 pada hari sama, selepas SPRM mengambil keterangannya.

Pengarah SPRM Kedah, Rosley Mohamad Satar mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.