`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 1, 2023

Beku akaun Aman Palestin ibarat kerajaan sekat bantuan, dakwa Dr M

 

Aman Palestin berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika tidak menyahbeku akaun bank mereka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim turut terpalit dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Aman Palestin untuk siasatan.

Dakwa bekas perdana menteri itu, perbuatan berkenaan disifatkan pelik kerana seolah-olah menghalang bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza yang terjejas susulan serangan Israel.

“Ini bermakna yang halang bantuan ialah kerajaan kita sendiri, mereka tak benarkan wang dikutip sampai kepada orang Palestin,” katanya pada ceramah perdana Perikatan Nasional (PN) PRK Kemaman malam ini.

SPRM sebelum ini membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin dan beberapa entiti lain berjumlah RM15.8 juta susulan siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan dana sumbangan berjumlah RM70 juta.

Kes itu disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Kanun Keseksaan.

Isnin lalu, Aman Palestin memberi tempoh tiga hari kepada SPRM menyahbeku akaunnya atau berdepan tindakan perundangan.

Semalam, Mahathir menggesa SPRM membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaunnya yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza menjelang musim sejuk.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan dana itu sehingga semua siasatan selesai, melibatkan penggunaan derma awam berjumlah jutaan ringgit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.