`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 29, 2023

HELLO ORANG MELAYU WAKE UP! HARGA TOYOTA PICKUP TRUCK TERBARU RM46,000 SAHAJA. DI PASARAN ANTARABANGSA. BUKAN DI MALAYSIA.

 Sila dengar video latest ini.

 


Harga jualan US$10,000 atau RM46,000 ini adalah OTR atau On The Road Price di pasaran antarabangsa seperti di Mexico dan negara lain.  Mereka ingin bersaing dengan PickUp Truck buatan Amerika seperti Ford dan General Motors.

Agaknya berapa pula harga jualan PickUp Truck Toyota yang baru ini di Malaysia?

Bolehkah kita pun dapat membeli PickUp Truck buatan Toyota ini dengan harga RM46,000 sebiji? 

Ataupun kita akan terpaksa tadah tangan menunggu keputusan dewa-dewa AP dan dewa-dewa yang putuskan cukai impot, levi, duti dan cukai entah apa lagi ke atas kereta impot, (bukan syarikat penjual Toyota yang tentukan) yang lazimnya menaikkan harga jualan kereta impot menjadi dua, tiga atau empat kali harga jualan di pasaran antarabangsa.

Kalau dua kali ganda harga jualannya disekitar RM92,000.
Kalau tiga kali ganda harga jualannya disekitar RM138,000.
Kalau empat kali ganda harga jualannya disekitar RM184,000.

Mungkin dewa-dewa otak siru (bukan syarikat Toyota - lets be clearakan anugerahkan kepada kita dua harga yang berlainan - satu untuk kegunaan persendirian dan satu lagi untuk kegunaan perniagaan. Besi dia sama, warna cat sama, enjin sama, tayar sama hitam cuma otak mereka bodoh tahap nak mampus.

Setiap kali tersiar berita baru seperti ini yang menunjukkkan harga kereta di pasaran dunia yang sangat murah untuk membeli kereta berkualiti sangat tinggi seperti Toyota maka saya sedih sebab orang Malaysia rata-rata begitu bodoh sanggup ditipu oleh dasar ekonomi penyamun yang meletakkan cukai, levi, import duti, eksais, AP dan entah apa lagi yang mengakibatkan harga kereta dalam negara kita antara yang termahal sekali dalam dunia. 

Tuan-tuan when we are stupid, mereka akan berdiri atas bahu kita dan kencing atas kepala kita.

Orang lain pula akan berseronok bayar harga murah RM46,000 sahaja untuk membeli PickUp Truck buatan Toyota yang world class yang boleh tewaskan Ford atau General Motors buatan Amerika.  

Kain buruk sajalah ok. 
Dengan air keroh sekali.
Rezeki secupak takkan jadi segantang.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.