`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 29, 2023

KRITIKAN PEDAS PROFESOR EMERITUS TAN SRI ... KEPADA ROMBAKAN KABINET

 


Someone sent me the following. The supposed name of the writer (professor emeritus) was mentioned but I could not find this news Online so maybe it was not really written by the person who was named. Fake news! Also it is too political for an academic. So I deleted the name. 

But n'theless the contents are interesting and relevant. 
Someone still had to write it so I decided to share it. 
It is very short.

 

KRITIKAN PEDAS PROFESOR EMERITUS TAN SRI ... KEPADA ROMBAKAN KABINET KERAJAAN PERPADUAN  (28 DISEMBER 2023)

“Kalau sudah berkuasa, semua boleh diubah belaka.  
Dahulu yang tidak boleh, kini boleh sahaja. 
Dahulu ditolak, kini didakap tidak lepas. 
Dahulu berprinsip, kini menepis. 
Begitulah corak politik semasa di mana sahaja. 
Kurang membina. 
Lebih menggilakan nama dan darjah, bukan kebajikan rakyat. 
Asyik bersengketa, biarkan rakyat terus merana. 
Jemaah menteri disusun semula, namun ada yang alpa akan janji lama.”
“Kononnya rasuah musuh utama perlu dibasmi. 
Namun, perasuah teman setia terus bersemi. 

Mengapa? Satu kejutan besar pastinya. 
Terkejut beruk apabila rasuah membentengi perpaduan. 

Selepas setahun keluh kesah dengan retorika memerangi rasuah, gelagat politik terkesan cukup sumbang memalukan. Cakap tidak serupa bikin.”

”Negara bertambah miskin bukan sahaja wang ringgit tetapi budi bicara! Etika dan moral tersadai di bibir, tidak pada perlakuan, baik di Parlimen sekali pun. Ada yang meniti prestasi yang tidak berkehasilan. Tetapi tanpa segan silu dikekalkan dalam jawatan!”

“Bakal pemegang tampuk lebih selesa. Seorang daripadanya merupakan menteri penggal kedua dalam jawatan yang sama. Sedang tangkas mengatur langkah berjaya. Tiba-tiba ditukarkan pula. Padahnya amat ketara - buang masa, tenaga dan sumber. Mengapa faktor-faktor ini tidak diambil kira?”

“Lagipun mengapa menteri terlibat turut terkejut - membayangkan tidak ada proses rujukan sama sekali bagi sebuah parti demokratik, apatah lagi musyawarah untuk mendapatkan yang terbaik untuk bukan hanya parti, tetapi rakyat yang sedang tertanya-tanya ke mana semua ini? Jika tiada rundingan telus, terbuka, sudah tentu satu lagi kejutan tidak terkira! Di mana letaknya tuntutan proses demokrasi berunding mesra?”

“Mengapa alpa, memandangkan pelantikan para menteri bukan bak mainan kerusi pusingan berirama? Mengikut seronok sahaja tanpa keazaman nyata. Sedangkan yang kurang berprestasi tidak dipindahkan, apa pula muslihat politik dalaman sebaliknya bagi yang berprestasi sehingga turut terasa terkejut? Natijah kepada semua ini, rakyat membenci kerana kejutan tidak akan membawa kepada kekal abadi, dihantui oleh kesementaraan tanpa kepastian, malah kepura-puraan berlebihan!”

 
My Comments : 

Mereka tak peduli. Say what you want tapi mereka tak peduli. Latest saya dengar mereka sedang memikir 'delineation of seats' sekali lagi. Mereka mahu "pecah dua" kerusi DUN dan Parlimen di sana sini terutama sekali di Sarawak dan Sabah dengan "harapan setinggi gunung" bahawa ahli coalition mereka akan menang kerusi baru itu dan kekal sokong mereka dalam Kerajaan gabungan. 

In other words mereka planning untuk kekalkan kuasa bukan dengan mengubah dasar atau bantu masyarakat untuk mendapat sokongan dipeti undi tetapi dengan cara bahagikan kawasan mengundi menjadi dua. So that satu kerusi boleh jadi dua kerusi. Itu saja.  Dasar tidak akan berubah. Kerusi akan di split jadi dua. 

Itu sajalah.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.