`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 17, 2024

Cerita nama pelik

 

Mohsin Abdullah

Satu posting di Facebook oleh JPN atau Jabatan Pendaftaran Negara baru-baru ini menarik perhatian saya. Begini bunyinya: “Apa nama paling pelik dan unik anda pernah dengar. Bagi nama anak “mipan zuzu”, “ Nur Sayunx”, “Mybaby Girl” , “Siti Nurtizen”, “Sailormoon” atau “Ultraman” boleh ke? Jangan pelik-pelik ibu ayah, ini garis panduan pemberian nama anak yang ditetapkan oleh JPN.”

Terpaparlah garis panduan yang dimaksudkan. Dalam erti kata lain syarat yang ditetapkan JPN untuk pemberian nama anak semasa pendaftaran kelahiran. Klik dan kita diberitahu tidak boleh menggunakan nama yang tidak memberi nama baik dalam bahasa Melayu atau nama yang tidak diingini.

Contoh nama yang tidak dibenarkan JPN – bodoh, busuk, harimau, skibidi, evil. Bodoh, busuk, evil saya tahu maknanya. Harimau? Ada seorang kawan lama yang menggunakan nama “Tiger”. Itu sekadar nama timangan atau nama glamour.

Tetapi 

skibidi
 apa ? Saya diberitahu ia satu slanga Gen A yang mempunyai pelbagai maksud yang secara am membawa konotasi negatif bergantung pada konteks ia digunakan. Gen A ialah Generation Alpha terma untuk anak-anak yang dilahirkan diantara tahun 2010 dan 2025. Itu menurut Wikipedia.

Posting itu juga memberitahu tidak boleh letak nama gelaran. Contoh Dato’ , Tan Sri, Puan Sri, Haji. Ini mudah untuk difahami. Saya rasa ini peraturan ketika memohon kad pengenalan. Takkanlah bayi sudah ada gelaran seperti yang disebut tadi semasa kelahirannya didaftarkan. Betul tak?

Ibu bapa seterusnya diingat memastikan ejaan nama anak tidak mengelirukan atau tidak terlalu fancy sehingga sukar disebut dan dieja. Contoh yang diberi JPN “chuynx”, “ytjt”, “usyux”. Difahamkan ini juga slanga Melayu bermaksud “sayang”, “yang tahu je tau”, dan “busuk”.

Ada lagi. Menurut posting itu JPN menetapkan 80 aksara sebagai had maksium aksara nama pada di sijil kelahiran. Ertinya nama panjang boleh.

Seorang follower Facebook JPN menulis dalam ruang komen: “I’m confused. Is this what we’ve become?” Dikuti komen seorang lagi follower: “Rilek lah JPN, tak ada orang bingai nak letak nama anak macam tu.”

Saya setuju. Takkan ibu bapa menggunakan sesuatu yang jelek sehingga tergamak menamakan anak “busuk” , “bodoh”, “evil” dan sebagainya. Pasangan ibu bapa Melayu-Islam lazim berpandu buku nama-nama bagus mengikut Islam semasa memilih nama anak yang baru lahir. Masyarakat bukan Islam juga menggunakan nama-nama baik dan cantik untuk anak masing masing.

Tetapi seorang lagi follower FB JPN tampil menyatakan: “Kalau JPN dah warning macam ini bermakna ada yang try atau dah ada kes macam ini.”

I don’t know what to say, really. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.