`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 27, 2024

RM20,000 kutipan ‘Langkah Muar’ diguna sedia bakul makanan, skuter elektrik OKU

 

Free Malaysia Today
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau akan melakukan apa sahaja usaha untuk mengutip dana demi kesejahteraan pengundi kawasannya.

KUALA LUMPUR
RM20,000 daripada kutipan keseluruhan ‘Langkah Muar’ sebanyak RM180,000 sudah dibelanjakan untuk penduduk kawasan Parlimen tersebut, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Ahli Parlimen Muar itu, yang melengkapkan larian 200km itu berkata, dana itu digunakan untuk menyediakan bakul-bakul makanan dan membeli skuter elektrik untuk kegunaan OKU.

Kali terakhir pungutan penuh Langkah Muar ke Parlimen RM180,000, sudah belanja RM20,000 untuk skuter elektrik untuk OKU di Muar, serta antara 100 hingga 200 bakul makanan,
 katanya pada sidang media pada program Teroka anjuran Muda hari ini.

Bekas presiden Muda itu berkata, beliau akan melakukan sebarang usaha untuk mengutip dana membantu perbelanjaan pusat khidmat Parlimennya demi kesejahteraan pengundi.

Bukan setakat larian, sebelum ini (saya) pernah lakukan ‘botak challenge’, jual kurta. Kalau ada cadangan, saya akan buat apa pun untuk orang Muar,
 katanya.

Larian oleh Syed Saddiq selama empat hari itu bermula 28 Jun di Jambatan Sultan Ibrahim Muar menuju ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, di mana beliau kemudian menyertai sidang Dewan Rakyat pada 1 Julai.

Inisiatif itu merupakan usahanya meraih dana untuk pusat khidmat Parlimen Muar yang ketika itu, menurutnya, hanya berbaki RM5,000 sahaja.

Beliau mengambil inisiatif tersebut susulan wakil rakyat pembangkang tidak diberikan peruntukan RM20 juta sepenggal walaupun rundingan dengan pihak kerajaan sudah dilakukan sejak hampir setahun lepas.

Syed Saddiq bagaimanapun masih menaruh harapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menyalurkan peruntukan tersebut. 

Saya akan berusaha, saya tak nak bodoh sombong. Kalau perdana menteri panggil, kata terbuka (beri peruntukan), saya tiada masalah, asalkan kebajikan orang Muar sentiasa terjaga,

 katanya.

Menurut Syed Saddiq, hasil kutipan dana ‘Langkah Muar’ juga akan digunakan untuk menguruskan pusat khidmat Parlimen Muar dan memberikan bantuan kebajikan kepada pengundi kawasan itu, termasuk sumbangan peranti kepada pelajar.

Mengenai perkara berasingan, pemangku Presiden Muda Amira Aisya, yang turut hadir pada sidang media itu berkata, partinya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat mengenai penyertaan Muda dalam PRK Nenggiri 17 Ogos nanti.

“Saya sudah maklumkan sebelum ini, fokus kita untuk kukuhkan parti dari dalam, (sebelum ini juga) ada beberapa PRK berbeza dan kita tak ambil tempat (bertanding).

Dalam masa terdekat, jawatankuasa eksekutif pusat Muda akan keluar kenyataan rasmi mengenai (PRK) Nenggiri. Kita akan lihat lebih lanjut,
 kata Amira yang juga Adun Puteri Wangsa.

Program Teroka anjuran Muda menyasarkan melatih anak muda berusia antara 18 hingga 25 tahun menjadi pemimpin pelapis masa depan.

Setakat ini, program percuma berkenaan dikatakan sudah berjaya melatih 100 anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.