`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 27, 2024

MetMalaysia jangka cuaca lebih panas, kering hingga tengah September

 

Free Malaysia Today
Jabatan Meteorologi berkata, tiada kawasan diramalkan terkesan dan memasuki tahap tiga gelombang haba ekstrim setakat ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan taburan hujan rendah berlarutan hingga fasa peralihan monsun bermula yang akan menyebabkan cuaca lebih panas dan kering hingga pertengahan September ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata keadaan itu disebabkan negara dalam musim monsun barat daya sejak 17 Mei lalu.

“Musim monsun barat daya dijangka berterusan hingga September depan. Dalam tempoh ini, kebanyakan kawasan akan mengalami cuaca kering berikutan kurangnya penumpuan udara lembap untuk menghasilkan hujan.

Selain itu, kemunculan dua ribut siklon tropika di utara Laut China Selatan, iaitu Taufan Gaemi dan Ribut Tropika Prapiroon sejak beberapa hari lalu menyebabkan cuaca rantau negara menjadi lebih kering berbanding kebiasaan,
 katanya menurut Berita Harian.

Helmi berkata, cuaca dijangka kembali normal apabila dua ribut siklon itu mula lemah, tetapi keadaan hujan kurang dijangka berterusan sepanjang monsun barat daya hingga bermula fasa peralihan monsun pada pertengahan September ini.

Mengenai kemungkinan negara berdepan tahap tiga gelombang haba ekstrim dengan suhu maksimum 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, katanya, ia dijangka tidak berlaku berdasarkan rekod suhu ekstrim terdahulu.

Menurutnya, tahap gelombang haba ekstrim lazimnya berlaku ketika akhir monsun timur laut dan fasa peralihan monsun pada Februari hingga Mei.

Beliau berkata, tiada kawasan diramalkan terkesan dan memasuki tahap tiga gelombang haba ekstrim setakat ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.