Pertelingkahan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dengan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok tidak lebih hanyalah satu ‘wayang opera Cina’. Itu kata seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard menjelang PRK Mahkota, Sabtu ini.
kata Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu dalam ceramahnya di Kampung Tengah, Kluang pada Jumaat lalu.Kok nak tarik undi Cina, Akmal nak tarik undi Melayu,
Ramai sedia maklum Akmal sebelum ini mendakwa Kok tidak berhenti untuk mengganggu-gugat keharmonian dan mencampuri urusan agama Islam susulan kenyataannya pensijilan halal bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia bahan ejekan di luar negara.
Mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya, Kok kemudian mengeluarkan surat tuntutan ganti rugi RM25 juta kepada Adun Merlimau itu dengan mendakwa serangannya memberi gambaran Ahli Parlimen Seputeh itu seorang bersifat perkauman dan tidak menghormati Islam.
kata Akmal dalam reaksinya terhadap surat tuntutan pada 11 Sept itu yang tempoh tujuh hari diberikan kepadanya untuk memberi jawapan sudah pun tamat. Belum kedengaran bila peguam Kok akan memfailkan tuntutan di mahkamah.Kita jumpa di mahkamah. No fear no surrender,
Secara kebetulan pandangan Che’gu Bard itu selari dengan pendapat penganalisis yang melihat perbalahan kedua-duanya tidak akan merugikan calon Barisan Nasional (BN).
Azmi Hassan, seorang felo Majlis Profesor Negara, melihat serangan Akmal ke atas Kok menunjukkan kepada orang ramai bahawa Umno sedia berselisih dengan DAP walaupun kedua-duanya daripada parti pemerintah.
katanya pada 12 Sept sebagai menidakkan parti itu di bawah telunjuk DAP.Pertembungan ini lebih beri keuntungan kepada Umno kerana dapat mempamerkan pendapat dan pandangan bertentangan dengan DAP,
Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah percaya perbalahan Akmal dengan Kok tidak akan mengganggu hubungan kedua-dua parti. Ini bersandarkan pandangannya bahawa pertelagahan kedua-duanya bersifat peribadi — perbezaan pendapat secara umumnya dan tidak mengganggu hubungan Umno dan DAP dalam kerajaan perpaduan.
Ia bagaimanapun disangkal seorang lagi penganalisis Syed Arabi Idid yang percaya perkara itu jika dibiar berlarutan dan tidak dinasihati oleh pihak pemimpin atasan dalam kedua-dua parti itu boleh menjadi isu dalam PRK DUN Mahkota.
Oleh kerana perbalahan Akmal dengan Kok tercetus sebelum hari penamaan calon 21 Sept lalu, maka isu itu menjadi buah mulut. Ini didahului oleh Naib Ketua DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali yang mendakwa pengamatannya selepas seminggu turun ke kawasan terbabit mendapati sikap Akmal yang dianggap ‘gengster’ bukan hanya tidak disukai pengundi bukan Melayu tetapi juga masyarakat Melayu.
Nasihatnya ialah supaya Umno segera ‘menguruskan’ ketua Pemudanya itu kerana bimbang kenyataannya berkait isu pensijilan akan menjejaskan peluang wakil kerajaan perpaduan pada PRK Mahkota.
Barangkali ini yang mendorong Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pada 19 Sept bahawa perang mulut Akmal dengan Kok dianggap tamat selepas beliau sendiri yang meredakan ketegangan antara kedua-duanya.
katanya sebagai menangkis tanggapan beliau tidak boleh mengawal pemimpin muda itu.Dah… dah ‘tone down’. Saya telah berjumpa dengan Akmal sendiri pada 14 Sept dan saya juga telah memberitahu kepada (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke mengenai perkara itu. Jadi, isu ini telah ditutup,
Namun, ia belum lagi boleh dianggap menutup episod berkenaan susulan Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau selanjutnya mendesak Akmal meminta maaf kepada Kok dan semua rakyat Malaysia berhubung isu pensijilan halal.
Tambahan pula perbalahan kedua-duanya sebelumnya dianggap sia-sia selepas Jemaah Menteri pada 18 Sept bersetuju mengekalkan dasar sedia ada bahawa permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) perlu bersifat sukarela seperti mana ia dilaksanakan sejak 1974.
Secara tidak langsung juga, ‘wayang opera Cina’ seperti diungkapkan Che’gu Bard masih dianggap benar selagi Akmal — tidak pernah memohon maaf sebelumnya baik kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mahupun KK Mart — sanggup berbuat sebaliknya kepada Kok.
Sambil itu, BN dan Umno nampaknya terus beria-ia mempertahankan Akmal selain memainkan naratif bahawa PRK ini lebih berkisar kepada faktor ‘wow’ calonnya Syed Hussien Syed Abdullah dan apa yang mampu ditawarkannya kepada pengundi Mahkota berbanding faktor Akmal yang dikhuatiri mendorong pengundi Cina — kira-kira 35% pengundi setempat dengan 54% Melayu dan 8% India — tidak mengundi.
Di samping Akmal sendiri menyangkal satu laporan FMT memetik seorang pemimpin Umno enggan dikenali sebagai berkata peranannya dikurangkan bagi mengelakkan rasa tidak selesa pengundi Cina, ketua Pemuda Umno itu berkata hampir setiap hari beliau turun ke Mahkota bagi memastikan gerak kerja Pemuda berjalan lancar.
katanya.Bila kita turun ke kawasan orang Cina, mereka terima kita dengan sangat baik. Malah tak kira apa bangsa sekali pun, mereka terima kita,
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pula mempertahankan Akmal tidak pun perlu memohon maaf hanya kerana memberi pandangan ikhlasnya sebagai mewakili Pemuda Umno di samping meluahkan rasa tidak puas hatinya yang tidak harus disalahertikan sebagai bersifat perkauman.
Dalam pada itu, rasa tidak selesa pengundi Cina di Mahkota — biarpun bersungguh-sungguh dinafikan BN — mungkin sesuatu yang nyata. Hakikat bahawa Akmal perlu terus dipertahankan dalam kempen yang sudah memasuki minggu keduanya membayangkan ada keresahan menuju hari mengundi Sabtu ini.
Selewat Ahad lalu, Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi yang menerima laporan daripada komuniti perniagaan menyatakan pengundi Cina di Mahkota kurang berminat untuk mengundi kali ini, merayu mereka agar tidak menghukumnya dengan meneruskan hasrat berkenaan.
katanya.Jika benar, saya sangat-sangat sedih. Kerana isu-isu di peringkat persekutuan, mereka (pengundi Cina hendak) hukum saya,
Sebagai mengeyakan kekhuatirannya itu, penyelaras Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Mahkota Wong Shu Qi mendedahkan wujudnya surat berantai dalam bahasa Cina mendesak pengundi Cina agar tidak keluar mengundi. Ini menyusuli kempen ‘Satu undi untuk BN adalah satu undi untuk Akmal Umno’ yang tular sebelum ini.
Akmal, sama ada disukainya atau tidak, adalah satu faktor hingga selesai proses mengundi pada jam 6 petang Sabtu ini kecuali… beliau memilih untuk melakukan sesuatu yang tidak diduga atau kesudahannya ia satu ‘wayang opera Cina’ yang tidak menjadi. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.