`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 16, 2024

SEKULAR BUKAN MAKSUD ANTI AGAMA, AWASI PUTAR BELIT GENG LEBAI

 'sekular' bukan maksudnya 'anti agama' tetapi hanya pisahkan fahaman agama yang khusus daripada urusan pentadbiran kerajaan'. 

Pada keseluruhannya orang Islam sangat kurang membaca. Lazimnya tidak ada pun industri menulis dan mencetak buku yang self sustaining atau yang boleh hidup dengan sendiri di hampir kesemua negara Islam. 

Di Malaysia sahaja pelbagai kerajaan membazirkan duit rakyat (hasil cukai) untuk membeli sokongan politik kumpulan lebai. Mereka diberi peruntukan duit yang besar (berbillion Ringgit setahun) dan duit itu digunakan juga untuk mencetak buku-buku dan majalah yang tidak berguna sedikit pun untuk majukan ekonomi dan sosial orang islam. 

Cetak buku agama pun survive dengan membazir duit rakyat. Sebab orang Islam tidak suka membaca pun. Bilangan kecil yang baca buku pun minat buku pelik-pelik termasuk buku agama yang tidak mempunyai historical evidence (bukti sejarah). Buku-buku itu lebih bergantung kepada hysterical evidence. Hysterical evidence maksudnya kalau sesiapa tidak setuju penulisan mereka, maka mereka akan menjerit-jerit histeria seolah mereka dirasuk setan. Itulah hysterical evidence mereka.

Di Arab Saudi pencetakan buku agama terhad kepada propaganda political survival keluarga al Saud dan keluarga al Wahab. Mereka membazirkan berbillion Ringgit untuk promosikan ideologi Wahabi mereka. Sekarang pula mereka sudah tukar agama dan mereka sedang belanjakan banyak duit untuk promosikan rock concert dan pesta liar style Barat. Terlalu confused sekali. Semuanya untuk survival politik keluarga al Saud.

Di negara kita geng lebai juga lama mainkan dangdut 'sekular, sekular' untuk memancing undi orang kampong yang tidak faham apa benda itu sekular ke, circular ke.

"Sekular adalah konsep bahawa pemerintah atau entiti berkaitan dalam sesebuah negara harus berdiri secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama  -  Sekularisme, Wikipedia Bahasa Melayu"

"Oxford Dictionary, secularism - not connected with religious or spiritual matters"

Maksudnya pentadbiran kerajaan tidak campur-aduk dengan hal ehwal agama. Sebabnya adalah paling mudah sekali - tidak ada sebarang agama di atas mukabumi Allah swt ini yang seragam dan serupa. Langsung tidak ada. 

Kristian mempunyai berpuluhan mazhab yang semuanya tidak setuju antara mereka. Contohnya peperangan di Ukraine sekarang adalah perang mazhab kristian antara Russian Orthodox Church dan Catholic Church di Vatican.  Vatican sudah lama benci Russian Orthodox Church. "Russia’s war on Ukraine is “unjust” and must end, says Vatican's top diplomat".

Kumpulan Tabligh pun pernah berpecah, tak tahu sekarang sudah pateri balik atau masih berpecah. Di United Kingdom mereka masih berpecah. Jadi tidak ada sebarang agama yang standardised atau serupa dan seragam.

Maka sebarang usaha untuk masukkan agama (sebenarnya mazhab yang khusus) dalam pentadbiran kerajaan bakal menimbulkan benci-membenci, iri hati, sakit hati dan akhir sekali pergaduhan dan sengketa. Negara akan hancur.

Maka negara maju yang fikiran lebih waras telah lama mengambil keputusan untuk asingkan agama daripada urusan pentadbiran kerajaan.  Itulah maksudnya sistem pentadbiran sekular.

Ini tidak bermaksud bahawa kerajaan sekular mereka adalah anti agama. Di Amerika Syarikat kerajaan "sekular" mereka memberi bantuan kewangan yang sangat lumayan kepada semua agama yang wujud dalam negara itu termasuk agama Islam.  Pada tahun 2024 kerajaan Amerika Syarikat telah sediakan peruntukan lebih RM2.8 BILLION untuk membantu pelbagai pertubuhan agama di negara itu. "The US federal government offers grants to religion-based organizations through a variety of programs. In total for fiscal year 2024, the Administration has secured US$664 million for the NSGP.."

Jadi 'sekular' bukan maksudnya 'anti agama' tetapi hanya pisahkan fahaman agama yang khusus daripada urusan pentadbiran kerajaan.  

Kerajaan Amerika tidak rujuk fikah kristian Katolik, fikah kristian Russian Orthodox Church atau fikah kristian Protestant Church dalam urusan pentadbiran kerajaan. Maka Amerika sangat berjaya.

Tetapi kesemua presiden Amerika Syarikat, kesemua gabenor 50 negeri di Amerika Syarikat, ahli Kongres dan Senator mereka pasti angkat sumpah atas Kitab Bible.

Sila perhatikan gambar upacara Barack Hussain Obama angkat sumpah menjadi presiden Amerika. Obama angkat sumpah atas Bible Kristian.


Begitu juga Joe Biden angkat sumpah (sebagai Vice President bawah Obama) juga atas Bible Kristian yang lama dan bersejarah.  
 
Di United Kingdom pula, sebuah negara sekular yang telah lama pisahkan agama daripada pentadbiran kerajaan, raja "baru" mereka King Charles III (gambar bawah) mencium Bible Kristian sewaktu pertabalannya sebagai King Charles III.

 King Charles III juga adalah ketua Church of England (atau Ketua Agama Kristian di   England).


Maksudnya Barack Hussain Obama dan King Charles III sangat hormati dan taati agama Kristian mereka masing-masing tetapi mereka tidak campur-adukkan agama mereka dalam pentadbiran urusan kerajaan. Itulah maksudnya sekular. 

Dalam negara kita pula lebai politik yang tidak berpelajaran, yang fikiran sempit dan separuh jahil pernah samakan sekular dengan ateis, komunis, sosialis dsbnya. Untuk menipu pengundi bahawa merekalah paling layak menang pilihanraya sebab mereka akan membawa masuk fikah kesukaan mereka dalam semua hal ehwal pentadbiran kerajaan. Negara kita akan hancur sebab sesama mereka sendiri pun tidak ada fikiran yang waras dan lojik untuk mempersetujui sebarang fikah pun.

Sebab mereka tidak mempunyai historical evidence untuk sokong hujah mereka. Mereka hanya mempunyai hysterical evidence atau jerit-menjerit secara histeria gila jika orang lain tidak setuju pendapat mereka.

  • Hang tak faham, aku lagi faham. Hang tak pandai, aku lagi pandai. 
  • Hang tak tahu, aku lagi tahu. Hang bodoh.

 

Tuan-Tuan awasi putar belit geng lebai. Jangan biarkan geng lebai ini menipu anda. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.