`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 28, 2024

Anwar dan permohonan maaf Najib

 

Mohsin Abdullah

Macam nilah senang cerita. Ramai orang syak RUU yang bakal dibentangkan di Parlimen tahun depan ialah bagi meringankan lagi hukuman Najib Razak meskipun kerajaan menafikannya. Apabila Najib pula membuat permohonan maaf secara terbuka 24 Okt lalu berhubung kejadian salah laku dalam 1MDB ramai bertambah yakin ini langkah ke arah penahanan di rumah.

Wartawan veteran, R Nadeswaran, dalam kolumnya di Malaysiakini yang punched many loopholes in Najib’s apology turut bertanya sama ada permohonan maaf itu satu pendahulu atau precursor ke arah mencerahkan keadaan untuk bekas perdana menteri itu. Tanya beliau lagi adakah minta maaf satu prasyarat untuk house arrest yang banyak diperkatakan dewasa ini?

Seperti dikatakan tadi ramai percaya begitulah keadaannya. Mereka bimbang dan marah. Dalam lain perkataan mereka mahu Najib kekal di penjara. Perdana menteri dihujani kritikan (sekadar mengguna istilah lembut) apabila menerima baik permohonan maaf itu. Lihat sahaja komen di pelbagai platform media sosial.

Peguam Latheefa Koya berkata bukan urusan dan kuasa PM untuk menerima permohonan maaf sebegitu. “ Oleh kerana Najib masih menegaskan dia tidak bersalah penerimaan Anwar itu membenarkan jenayah. Ia memberanikan gologan korup memperlekehkan mahkamah dan merendahkan SPRM”, kata beliau di laman X. Latheefa kita tahu ialah bekas pesuruhjaya SPRM.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada Amanah, Hanipa Maidin, membuat catatan di Facebook untuk memberitahu Anwar “dengan hormatnya, saya tidak fikir anda mewakili kami semua”. Jelas ‘kami semua’ merujuk rakyat yang tidak setuju dengan reaksi perdana menteri terhadap permohonan bekas perdana menteri.

RSN Rayer Ahli Parlimen DAP turut menulis di Facebook. Bermula dengan memuji perdana menteri “atas sifat rendah hati dan belas ihsan” dalam menerima permohonan maaf Najib. Tetapi meneruskan catatan dengan berkata “saya cuma bimbang jika kita menerima permohonan maaf Najib rakyat tidak akan memaafkan kita”.

Tampil setiausaha politik menteri kewangan Kamil Munim di laman X. Kata beliau “tidak timbul isu PMX terima maaf atau tidak. Apa yang disebut PMX ialah beliau terima baik permohonan maaf yang dibuat dan ternyata tidak mengenepikan malah mengubah fakta bahawa negara telah menanggung beban kerosakan yang besar akibat skandal 1MDB”.

Di dalam beberapa kumpulan sembang WhatsApp yang saya sertai, ramai anggota mengikuti perkembangan ini menerusi laporan bahasa Inggeris. Istilah yang digunakan termasuk ‘accept‘, ‘welcome‘, ‘well received’ merujuk reaksi PMX.

Terbaca juga saya satu hantaran di Facebook berbunyi “accepted (diterima baik) and forgiveness (pengampunan) are two different words and meaning. Take note“. Respon seorang follower begini: “Well, PM should not weigh in like that, giving the impression of condoning stealing“.

Apa sebenarnya yang diluahkan PMX? Saya tidak berada di lokasi apabila beliau memberi komen, oleh itu saya berpandukan laporan media. Hampir semua bukan sahaja media tertentu.

Dilaporkan pemberita menemui perdana menteri selepas solat Jumaat (25 Okt lalu) di Putrajaya dan bertanya mengenai permohonan maaf Najib yang dibuat sehari sebelum itu.

Diberitakan perdana menteri menjawab dalam Bahasa Melayu “terima baik, terima baik” dan terus beredar tanpa berkata apa apa lagi. Short and sweet.

Jadi apa yang dimaksudkan Anwar dengan berkata demikian, dan mengapa berkata demikian, dengan cara demikian? Bagi saya apabila seseorang pemimpin khususnya orang politik memberi jawapan pendek dan ringkas lalu terus beredar ada beberapa kemungkinan:

1) Beliau tidak senang dengan pertanyaan yang diajukan.

2) Tidak suka subjek yang diaju.

3) Tidak mahu jawab.

4) Beri jawapan selamat.

Saya rasa begitu jugalah keadaannya dengan PMX semasa ditanya pemberita mengenai permohan maaf Najib. Beliau boleh memilih untuk tidak menjawab tetapi mungkin pada kiraannya itu akan mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi.

“Memang susah bro Anwar nak jawab. Atau Anwar boleh kata Najib boleh kata apa yang dia nak kata since the case is still with the court which will decide,” kata seorang kawan lama yang juga penyokong tegar Anwar Ibrahim. Beliau merujuk permohonan maaf itu dibuat enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Najib perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

Beginilah. Jika anda perdana menteri dan ditanya reaksi terhadap permohonan maaf Najib, how would you handle the situation and apa agaknya jawapan anda? - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.