`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 26, 2024

Jangan percaya fitnah berkait SSPA, penjawat awam diberitahu

 

Free Malaysia Today
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan menggantikan Skim Saraan Malaysia bermula Disember, menyaksikan kira-kira 1.6 juta penjawat awam mendapat pelarasan gaji baharu.

PETALING JAYA
Kongres Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengingatkan kakitangan kerajaan jangan percaya berita tidak benar mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang disebarkan di media sosial.

Setiausaha Agung Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, ada antara penjawat awam percaya tiada lagi pembayaran pencen selepas bersara jika mereka bersetuju menandatangani SSPA.

Free Malaysia Today
Abdul Rahman Mohd Nordin.

“Mereka (yang percaya) ini jenis tak bercampur dengan orang, terima bulat-bulat di media sosial tanpa tanya orang lain,” katanya kepada FMT.

Rahman berkata, pihaknya kini giat turun ke setiap kementerian dan agensi seluruh negara untuk memberikan penerangan kepada penjawat awam mengenai manfaat SSPA sebelum tempoh akhir tawaran iaitu pada 30 Nov ini.

Menyifatkan sambutan diterima agak rancak, Cuepacs turut berharap semua penjawat awam bersetuju dengan skim itu bagi membolehkan mereka menerima pelarasan gaji baharu bermula 1 Dis.

“Kami dah ke seluruh Malaysia maklumkan kepada semua supaya bersetuju dengan SSPA. Kita cuma minta gaji naik, pencen tak terjejas pun, elaun tak ada yang kurang dan akan ditambah baik lagi,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata menerusi pelaksanaan skim itu kadar gaji minimum penjawat awam ditetapkan pada paras RM2,115 sebulan.

SSPA akan menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) bermula Disember ini, menyaksikan kira-kira 1.6 juta penjawat awam mendapat pelarasan gaji baharu selepas kali terakhir disemak pada 2013.

Anwar ketika mengumumkan perkara itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 Ogos lalu berkata kumpulan pelaksana bakal menerima pelarasan gaji 15% manakala pengurusan tertinggi naik 7%.

Pelarasan gaji akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Dis ini, manakala fasa seterusnya bermula 1 Jan 2026. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.