`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 24, 2024

Nak tawan Kedah? Yakinkan rakyat PH-BN mampu beri ‘nafas baharu’

 

bn ph flags bendera
Dua penganalisis bersetuju kerjasama PH-BN di Kedah perlu dibentuk untuk merampasnya daripada PN dan memberi ‘nafas baharu’ kepada rakyat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu meyakinkan rakyat Kedah yang ia boleh memajukan negeri itu dengan lebih baik jika mahu merampasnya daripada PAS, kata penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata keyakinan itu perlu diberikan khususnya pengundi Melayu yang dikatakan lebih senang mengundi PAS biarpun tidak banyak menerima pembangunan fizikal seperti Kelantan dan Perlis.

“Kerajaan Kedah bawah pimpinan PAS dilihat tidak memberikan sesuatu yang  positif kepada negeri itu.

Free Malaysia Today
Azmi Hassan.

“Sebaliknya, kerjasama PH dan BN mungkin beri ‘nafas baharu’ kepada pengundi Melayu bahawa Kedah itu sebenarnya boleh dimajukan. Kerjasama ini perlu dibentuk untuk memberi keyakinan khususnya kepada mereka.

“Bagaimanapun, masa masih panjang sebelum PRU16 atau PRN,” katanya kepada FMT.

Baru-baru ini, seorang pemimpin DAP Kedah berpendapat kerjasama berpasukan antara PH dan BN menjadi kunci utama menawan semula Kedah yang ketika ini ditadbir PAS.

Setiausaha DAP Kedah, Teh Swee Leong, berkata segala usaha harus berpusat kepada kebersamaan tanpa mengehadkan penglibatan mana-mana pihak.

Free Malaysia Today
Bilcher Bala.

Sementara itu, Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata kerjasama tersebut wajar diadakan sekali gus menjadi strategi ‘pasukan gergasi’ bagi menghadapi PN di Kedah.

Bagaimanapun katanya, selain kerjasama ia juga penting untuk menampilkan calon berwibawa dan muka baharu bagi menghadapi pilihan raya.

“Ini memang berbeza dengan strategi bergerak solo mereka dalam PRU sebelum ini. Kebanyakan calon dalam PRU yang lepas adalah daripada PKR, Umno dan Amanah, berbanding seorang calon DAP,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.