1. Mula sekali berita aneh dan tidak masuk akal. Menteri kata peperiksaan di sekolah dihapuskan atau dibatalkan untuk mengelak pelajar sekolah daripada menghadapi tekanan (mengelak tension dan pressure).
Saya pun mati akal macam mana nak jelaskan kepada si Menteri itu perkara yang paling asas dan basic. Kalau kita guna lojik yang sama (atau yang tidak ada lojik) apakah perlunya mengambil ujian lesen memandu? Ujian lesen memandu pun tension juga. Why not kita biarkan saja pegawai menguji lesen memandu berbual dan kenal-mengenal pemohon lesen memandu dan luluskan saja lesen memandu dengan berasaskan perbualan dan kenal-mengenal saja? Tak payahlah bikin tension dengan ujian dan peperiksaan. Mana tahu nanti dia bunuh diri.
Macam mana pula dengan pelajar universiti. Sekali sekala ada juga pelajar universiti yang bunuh diri mungkin sebab tekanan atau pressure menghadapi peperiksaan di kampus. Why not kita batalkan peperiksaan untuk ijazah, diploma, sarjana dsbnya? Suruh lecturer dan professor buat 'penilaian dalam kuliyah' saja (lecture theatre based assessment). 'Si Aishah itu ok, dia boleh jadi doktor. Ok Aishah, you have passed your medical degree. You can be a doctor now. Tahniah dan selamat maju jaya.' Selamatlah Aishah - tak payah ambil peperiksaan dan tidak perlu bunuh diri pun.
Saya boleh nampak masa depan pelajar sekolah kita - gelap gulita. Dulu kita menyertai sistem penilaian Sains dan Matematik antarabangsa PISA scoring system. Malang sekali disebabkan Menteri dan gomen pada ketika itu tidak tahan tekanan akibat pelajar sekolah kita menduduki tempat yang sangat rendah dalam penilaian PISA maka mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai penilaian PISA. Mereka tidak tahan malu dan tekanan. Patutnya mereka bunuh diri tetapi of course mereka lebih suka jadi Menteri dan pemimpin. Who cares about PISA? Pasal apa pula nak bunuh diri?
Walaupun kerajaan sudah bertukar beberapa kali malangnya kelemahan sistem pendidikan kita macam itu juga lah. No improvement. Membatal sistem peperiksaan sekolah hanya confirm-kan kelemahan sistem pendidikan kita. Menteri pun mati akal - tak tahu nak buat apa.
Hello berapa ribu kes pelajar sekolah yang sudah bunuh diri sebab tidak tahan tekanan ambil peperiksaan? Sila tunjuk statistik kes bunuh diri. Jangan buat-buat cerita palsu pula.
Jika ada kes pelajar sekolah bunuh diri itu bukan salah pelajar tetapi adalah kesalahan guru dan pengetua sekolah. It means awak tak layak jadi guru dan pengetua sekolah. Setiap kali ada kes pelajar bunuh diri, lebih elok guru sekolah dan pengetua dibuang kerja saja. Sebab kebodohan awak membahayakan nyawa kanak-kanak kecil.
Juga kesalahan pegawai pendidikan dan Menteri Pendidikan. It means you are stupid and you have failed the students. Maksudnya awak tak tahu buat kerja. Awak tak faham apa pun mengenai pendidikan. Awak tak faham apa itu compassion and care in education, atau apa benda itu evidence based learning yang sangat membantu pelajar fahami pelajaran mereka. Guru dan pegawai pendidikan sudah jadi serupa kaldai yang memikul buku.
Surah 62:5 كَمَثَلِ ٱلْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًۢا ۚ
"samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya)"
Ibu bapa menjaga anak, mencari kerja untuk membiayai keperluan hidup famili, mereka membayar cukai kepada kerajaan dan juga melantik pemimpin kerajaan untuk menjaga dan mendidik anak mereka di sekolah. The parents sacrifice and trust you. Ibu bapa membuat banyak pengorbanan dan meletakkan kepercayaan pada kerajaan dan Menteri. Tetapi kerajaan pula gagal - tak tahu nak jaga dan mendidik kanak-kanak di sekolah.
Lepas itu mereka melepaskan diri, cuci tangan pula - untuk mengelak tension, tak payah masuk penilaian PISA, tidak perlu mengadakan peperiksaan di sekolah.
One good news saya dengar hari ini kerajaan negeri Sarawak tidak setuju keputusan kerajaan pusat untuk mencuci tangan sebab tak tahu menyelesaikan masalah pendidikan. Negeri Sarawak akan kekalkan sistem pendidikan yang mengadakan peperiksaan tahunan, peperiksaan serupa UPSR dsbnya. Sebelum ini negeri Sarawak juga telah mengambil keputusan akan menumpukan kepada bahasa Inggeris dalam pengajian sekolah. Saya yakin dalam masa akan datang sekolah di negeri Sarawak akan mendahului sistem pendidikan kita.
Life is tough. Hidup manusia ini penuh cabaran. Lebih baik kita ambil kesempatan zaman persekolahan untuk mengajar anak-anak kita cara yang baik dan berhemah untuk menghadapi cabaran hidup. Guru yang terlatih dan berkebolehan, sistem mengajar yang efektif, buku pengajian yang evidence based dan berguna bagi manusia (tak payahlah cerita dongeng 1001 Malam ok) sangat penting untuk membimbing anak-anak kita di sekolah. Juga jangan bebankan guru dengan tugas lain yang membuang masa yang tidak membantu siapa pun. Juga batalkan amalan kutip duit untuk menyambut birthday guru kelas pula (siap dengan beli birthday cake sekali). Dan pastikan guru masuk kelas pada setiap hari sekolah. Jangan pula guru ponteng kelas - atas apa sebab pun. The system has many problems.
Tetapi balik kepada isu pelajar bunuh diri - berapa ribu atau berapa ratus kes bunuh diri yang telah berlaku ? Can we see the real statistics? Jangan pula buat alasan untuk melantik "consultant outsourcing" untuk memberi kaunseling kepada kanak-kanak sekolah cara-cara mengelak daripada bunuh diri. Consultant besar akan minta duit besar. We know this game.
2. Berita sedih nombor 2 adalah cadangan mengadakan pesta banjir di negeri Kelantan.
Mati akal jugalah bila saya baca berita ini. Memang pun there is nothing going on in Kelantan. Rupanya tak ada apa pun yang menarik di negeri Kelantan. ("Says the state has been quiet with no visitors"). Ini orang Kelantan sendiri yang cakap, bukan saya cakap tau. Jangan marah saya.
You can repeat lah 'We are Kelantanese, we are Kelantanese'. Oklah, and then what? Tetapi siapa pula yang mahu travelling ke Kelantan atau ke mana pun dalam musim banjir? Kalau jalan sudah tenggelam kereta dan bas tak boleh lepas. Flight pula boleh kena cancel. Nak buat surfing pun kalau angin ribut bagaimana pula dengan keselamatan orang? Takkan nak suruh kereta ambulans standby - just in case berlaku bencana.
"surfing along with traditional food"? Kalau restoran sudah tenggelam, macam mana mereka nak masak dan sediakan traditional food? Takkan orang nak duduk dalam restoran sambil berendam kaki dalam air banjir? Tambah lagi air banjir itu air kotor - sudah campur dengan air jamban. Sebab itu pada musim banjir berlaku kolera, cirit-birit dan muntah-muntah. Macam mana lah kepala otak kau orang ini functioning?
Banjir itu bencana. Rumah tenggelam, harta benda rosak, kanak-kanak kecil mati lemas. Awak nak jemput pelancong datang tengok orang dalam susah? Psycho betul-lah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.