`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 28, 2024

Penilaian berasas peperiksaan tak lagi relevan, kata ahli akademik

 

cikgu
Ahli akademik berkata pemansuhan peperiksaan beri ruang kepada guru menilai perkembangan pelajar melalui proses pembelajaran.

PETALING JAYA
Penilaian berasaskan peperiksaan di sekolah tidak lagi relevan ketika ini, kata ahli akademik menyusul kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkannya demi mengurangkan tekanan murid.

Free Malaysia Today
Ainol Madziah Zubairi.

Ainol Madziah Zubairi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, pemansuhan peperiksaan di peringkat rendah dan menengah rendah membolehkan penekanan kepada pentaksiran lebih holistik.

Katanya, ia memberi ruang kepada guru untuk menilai perkembangan pelajar melalui proses pembelajaran.

“Ini memberi ruang kepada guru menilai ‘growth’ (bukan kejayaan murid untuk perbandingan). Dengan tidak adanya peperiksaan peringkat nasional, guru dan murid boleh lebih fokus kepada proses pengajaran,” katanya kepada FMT.

Pada 26 Nov lalu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM mengambil pendekatan tumpuan pembelajaran di sekolah berasaskan inquiry (pertanyaan), eksplorasi, pengalaman, contextual (mengikut konteks) serta pentaksiran sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik murid.

“Pentaksiran bilik darjah ini akan beri tanda aras lebih baik, khususnya untuk melihat dan menilai anak-anak lebih holistik melibatkan komponen pentaksiran bilik darjah, jasmani, sukan dan kurikulum dan juga psikometrik serta kecenderungan murid.

“Pendekatan yang kita ambil untuk memastikan tiada lagi tumpuan diberikan kepada orientasi peperiksaan dan mengurangkan tekanan mereka, sebaliknya menawarkan ekosistem pembelajaran jauh lebih menarik,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ainol berkata tindakan tersebut adalah untuk masa depan pendidikan negara selaras kemenjadian murid yang lestari.

“Empat tujuan pendidikan seperti belajar untuk tahu, belajar untuk melakukan, belajar untuk hidup dan belajar untuk menjadi,” katanya.

Free Malaysia Today
Noor Azimah Abdul Rahim.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Rahim, pula berkata peperiksaan masih wujud dalam pentaksiran berasaskan sekolah dan gambaran tiada langsung peperiksaan tidak begitu tepat.

Katanya, persoalan tepat bukan sekadar tekanan dihadapi tetapi masalah perlu ditangani iaitu isu keberhasilan pelajar dan keyakinan kepada sistem pendidikan negara.

“Kita masih tidak mampu memperbaiki sistem pendidikan yang disasarkan. Hasrat pencapaian piawaian pentaksiran antarabangsa seperti Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (Pisa) yang kita mahu berada di kedudukan sepertiga di atas masih jauh lagi daripada realiti,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.