NGO dan ahli akademik menekankan kepentingan pembabitan aktif anak muda susulan penetapan had usia belia bermula Januari depan.

Wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik memberitahu FMT, perkara itu perlu ditekankan memandangkan penetapan had usia itu bagi belia bermula 1 Jan depan.
Presiden Belia Mahir, Mohammad Rizan Hassan, berkata sebagai pemimpin muda yang berusia 29 tahun, Taufiq pasti berpengalaman dan pernah berdepan sendiri cabaran untuk menonjolkan diri bagi memimpin.
“Pelantikan Taufiq memberi nafas baharu dan menjawab jeritan lama supaya belia bukan sekadar jadi poster tapi pemegang kuasa sebenar (pemimpin) pada masa depan.
“Ini (lahir pemimpin muda berkualiti) perlu ditekankan dan jadi cabaran, Taufiq menteri muda yang datang dengan tenaga, idealisme dan naluri perubahan,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan Taufiq sebagai menteri belia dan sukan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menyaksikan perubahan dengan timbalan menteri sebelum ini, Adam Adli berpindah porfolio, digantikan dengan Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol.
Sementara itu, Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya Afizal Abu Othman pula mencadangkan penekanan diberi kepada pembabitan aktif orang muda dalam politik untuk melahirkan pemimpin berkualiti berusia bawah 30 tahun.
“Kita latih mereka daripada seawal 18 hingga 30 tahun untuk beri peluang anak muda berkecimpung dalam pelbagai aktiviti masyarakat.
“Lebih lagi dalam politik dan saya lihat perkembangan ini memberi lebih ruang terbuka kepada belia,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.