`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Wednesday, April 29, 2026

7 ditahan, rampasan lebih RM1 juta di kilang kayu

 Hasil siasatan mendapati kayu hutan tidak bercukai yang dibeli pada harga RM12 sekaki, dijual RM700 satu tan selepas siap diproses.

rampasan lebih RM1 juta
Lebih 3,000 batang kayu disyaki tidak bercukai disita Pasukan Gerakan Am di sebuah kilang kayu di Chuchoh Puteri, Kuala Krai, semalam. (Gambar PGA)
PETALING JAYA:
 Tujuh ditahan dan Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat rampasan lebih RM1 juta di sebuah kilang kayu dipercayai memiliki kayu tidak bercukai di Chuchoh Puteri, Kuala Krai, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain, berkata tujuh lelaki tempatan berusia 22 hingga 51 tahun ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah bersama Jabatan Perhutanan pada 3 petang Selasa hasil maklumat dan risikan pihaknya.

“Ketika serbuan, kita melihat beberapa individu sedang mengendali jentera berat, selain memotong kayu,” katanya menurut Berita Harian.

“Malah, kerani kilang juga mengemukakan permit pemindahan kayu hutan dari Jabatan Perhutanan yang meragukan dan hasil pemeriksaan Jabatan Perhutanan mendapati kayu di kilang berkenaan dipercayai tidak bercukai.”

Beliau berkata, pihaknya merampas jentera berat, 141 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesis, 3,035 batang kayu siap pelbagai saiz serta peralatan lain yang keseluruhan nilai melebihi RM1 juta.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kerani yang juga adik kepada pemilik kilang itu memaklumkan mereka mengambil tujuh pekerja dan membeli kayu hutan tidak bercukai daripada penduduk setempat pada harga RM12 sekaki.

Katanya, kayu siap diproses akan dijual kepada ejen pada harga RM700 satu tan untuk pasaran Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.