Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata keamanan dan perpaduan perlu sentiasa menjadi teras dalam kehidupan berbangsa di Malaysia.


Beliau menerusi hantaran Facebook sempena sambutan Easter berkata Malaysia dibina atas asas kepelbagaian, justeru keamanan dan perpaduan perlu sentiasa menjadi teras dalam kehidupan berbangsa di negara ini.
“Negara yang aman dan damai mempunyai keupayaan untuk bersaing serta memberi sumbangan pada peringkat global,” katanya.
Aaron berkata kekuatan Malaysia lahir daripada rakyat yang bersatu padu, saling menghormati serta bekerjasama demi masa depan yang lebih gemilang.
“Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat muhibah dan perpaduan dalam setiap tindakan demi Malaysia yang kita cintai,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.