`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, April 30, 2026

Presiden, CEO Prasarana Amir Hamdan letak jawatan

 Amir Hamdan berkata keputusan meninggalkan Prasarana atas sebab-sebab peribadi.

Amir Hamdan bernama pic 30426
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan, meninggalkan syarikat itu selepas hampir tahun berkhidmat. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan Amir Hamdan akan menamatkan perkhidmatannya sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan selepas hampir lapan tahun bersama syarikat.

Menurut Prasarana dalam kenyataan, keputusannya untuk meninggalkan syarikat itu atas sebab-sebab peribadi selaras dengan perancangan beliau untuk langkah seterusnya.

“Maklumat lanjut berhubung kesinambungan kepimpinan syarikat akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi Prasarana.

“Prasarana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dan mendoakan yang terbaik dalam perancangan masa depan beliau,” menurutnya.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Amir telah memainkan peranan penting dalam memacu pelbagai inisiatif transformasi dan memperkukuh operasi syarikat dalam memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat, menurut Prasarana. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.