PNHB memaklumkan Rozali akan terus berkhidmat dalam kapasiti semasanya sepanjang tempoh notis bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan lancar.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PNHB memaklumkan Rozali, 69, akan terus berkhidmat dalam kapasiti semasanya sepanjang tempoh notis bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan lancar.
“Lembaga pengarah telah meneliti perkara ini dengan mengambil kira, antaranya, keadaan kesihatan beliau ketika ini, komitmen peribadi serta keperluan untuk memastikan kesinambungan kepimpinan dan pematuhan kepada amalan tadbir urus korporat yang baik.
“Lembaga pengarah turut merakamkan penghargaan tulus ikhlas atas kepimpinan, dedikasi serta sumbangan tidak ternilai Rozali kepada syarikat dan kumpulan. Visi serta kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam membentuk pertumbuhan dan kejayaan PNHB,” menurutnya.
Rozali adalah pengasas PNSB Water Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, dan dilantik sebagai pengerusi eksekutif PNHB serta kumpulan pada 24 April 1997.
Dalam makluman berasingan, syarikat itu berkata Rozali memulakan kerjaya sebagai penasihat undang-undang di Lembaga Kemajuan Bandar sebelum menyertai Bank Islam (M) Bhd pada 1983, di mana beliau mencetuskan idea penubuhan institusi perbankan Islam pertama Malaysia.
PNHB kini merupakan kumpulan yang terlibat dalam sektor pembinaan, pembangunan hartanah dan kejuruteraan alam sekitar selepas penjualan aset airnya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.