Rampasan itu dilakukan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan dalam operasi di Kampung Repek, Pasir Mas.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain, berkata rampasan itu dilakukan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan yang dijalankan anggota Strike Force Kompeni B Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Tanah Merah.
Beliau berkata dalam operasi kira-kira 6.45 petang itu, pasukan berkenaan menahan sebuah motolori jenis Hino berwarna hijau yang berada dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan di kawasan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan pada bahagian muatan belakang kenderaan menemukan 70 batang kayu hutan dipercayai diangkut tanpa permit atau dokumen sah daripada pihak berkuasa berkaitan.
“Pemandu kenderaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan permit pemindahan kayu kepada anggota bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984.
“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa mengambil kayu berkenaan dari kawasan kebun di Kampung Tok Rusa, Meranti sebelum dihantar ke sebuah kilang kayu di sekitar Pusu 40, Pasir Mas dengan upah RM40 bagi setiap perjalanan.
“Kes dan barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Jajahan Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.