`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Monday, October 5, 2026

Penggunaan AI, ekonomi digital perlu seimbang, elak isu sosial, kata Fahmi

 Menteri komunikasi tegaskan, jika perkembangan teknologi dibiarkan terlalu bebas, ia berisiko jejas kebajikan pekerja, ekosistem perniagaan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kongsi pandangan pada panel sesi dialog sempena Majlis Pelancaran Kerangka Kemahiran Masa Hadapan bagi Sektor Komunikasi dan Multimedia (C&M FSF) serta Inisiatif Pembangunan Bakat Strategik di Angkasapuri hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kemajuan pesat teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), ekonomi gig serta e-dagang perlu diimbangi dengan perancangan guna tenaga dan kawal selia bagi mengelakkan masalah sosial serta implikasi negatif terhadap pasaran pekerjaan tempatan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sekiranya perkembangan teknologi dibiarkan terlalu bebas tanpa sebarang kawal selia, ia berisiko menjejaskan kebajikan pekerja dan merosakkan ekosistem perniagaan sedia ada.

“Di pihak kerajaan, kita nak menggalakkan namun ada harga yang perlu dibayar … maksudnya, sekiranya terlalu bebas tanpa kawal selia, akan ada kesan … kalau rakyat terlalu ramai yang hilang pekerjaan ataupun tidak mendapat gaji yang setimpal, sebab itu ada tekanan.

“Jadi, saya nampak mesti ada keseimbangan di antara membolehkan syarikat dan perniagaan melakukan sedikit kemusnahan kreatif tapi jangan sehingga merosakkan dan menimbulkan masalah sosial, jangan sehingga mengganggu-gugat ketenteraman awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi dialog ‘Teknologi Memacu Perubahan: Adakah Bakat Malaysia Bersedia?’ sempena Majlis Pelancaran Kerangka Kemahiran Masa Hadapan bagi Sektor Komunikasi dan Multimedia (C&M FSF) serta Inisiatif Pembangunan Bakat Strategik di Angkasapuri hari ini.

Turut hadir sebagai panelis, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis tersebut, Fahmi memberi jaminan kepada golongan mahasiswa, lepasan universiti serta institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bahawa kemunculan teknologi baharu turut membawa kepada pembentukan bidang pekerjaan baharu.

“Sektor-sektor di bawah jagaan Kementerian Komunikasi, ada beberapa perkara yang syarikat-syarikat perlu ambil kira termasuk lepasan Ijazah Sarjana Muda, lepasan universiti dan juga mereka yang mungkin hasil daripada bidang TVET.

“Di pihak kerajaan, kita akan berusaha untuk pastikan jumlah pekerjaan yang ada membolehkan syarikat-syarikat ini menggajikan lebih ramai terutamanya anak-anak muda,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan bersama Kementerian Komunikasi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memaklumkan pelancaran C&M FSF, yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berfungsi sebagai rujukan strategik pembangunan bakat sektor berkenaan bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Bagi memastikan pelaksanaan kerangka rujukan nasional itu mencapai sasaran, Future Skills Talent Council (FSTC) ditubuhkan di bawah teraju Kesuma dengan kerjasama SKMM manakala KPT bertindak memperkukuh kurikulum dan kompetensi graduan selari dengan keperluan industri masa hadapan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.