`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Sunday, November 22, 2026

Azmin hadir konvensyen Amanah bukan isyarat kerjasama politik, kata Tun Faisal

 Ketua penerangan Bersatu kata setiausaha agung memenuhi undangan Amanah.

Azmin Ali di amanah event
Tun Faisal Ismail Aziz kata Bersatu sentiasa terbuka meneroka kerjasama selagi tidak mengorbankan prinsip perjuangan parti. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kehadiran Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali di konvensyen nasional Amanah di Shah Alam hari ini bukan isyarat kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz.

“Kehadiran Azmin dan hubungan kerjasama adalah dua perkara berasingan,” katanya kepada FMT, dan menambah Azmin memenuhi undangan Amanah.

Tun Faisal memuji Amanah kerana mengundang Azmin, menyifatkan ia ‘manifestasi politik matang dan terbuka’ serta langkah positif ke arah agenda ‘penyatuan ummah’ yang sebenar.

Beliau mengkritik ‘pihak tertentu’ yang bercakap tentang penyatuan Melayu-Islam tetapi pada masa yang sama memutuskan hubungan sesama parti Melayu-Islam yang lain, bersikap selektif, dan menafikan hak mereka.

PAS dan Bersatu merupakan parti komponen Perikatan Nasional, namun PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu pada Jun.

Tun Faisal berkata Bersatu sentiasa terbuka meneroka kerjasama dengan mana-mana pihak selagi tidak mengorbankan prinsip perjuangan parti, dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

Beliau mengambil contoh situasi di Pahang, di mana dua Adun Bersatu memberi sokongan kepada menteri besar dan kerajaan negeri.

Tun Faisal juga menyorot perhatian kepada ‘pendekatan kerjasama konstruktif’ di peringkat persekutuan, melalui perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) baru-baru ini.

Semalam, Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil, mengulangi pendirian kerjasama politik diperluas kepada parti luar PH termasuk Bersatu, untuk membina kerjasama politik lebih luas.

Ditanya sama ada Bersatu pernah membincangkan kemungkinan untuk kembali menyertai PH, Tun Faisal berkata ia bergantung kepada keputusan mahkamah susulan pembatalan pendaftaran PN.

“Kita tengok apa keputusan selanjutnya dari mahkamah nanti,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.