`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Wednesday, July 31, 2013

PATI SEMAKIN MEMBIMBANGKAN DI TAMBUNAN

Ketua Satria Pribumi's Mitchum Angelo (kanan) bersama Naib Presiden Pribumi's Johney Malibin (kiri)dalam satu sidang media berhubung kebanjiran PATI yang membimbangkan di Tambunan.

TAMBUNAN : Keluhan rakyat tempatan di daerah ini mengenai ancaman kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikatakan berada di tahap kritikal akan disampaikan kepada pihak berwajib yang bertujuan untuk mendesak terutama pihak berkuasa bertindak segera menangani masalah tersebut.
Ketua Satria Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) , Mitchum Angelo, berkata kehadiran pendatang di daerah ini telah mendatangkan masalah sosial, peluang perniagaan, selain menyebabkan persekitaRan alam sekitar daerah ini turut terjejas.
“ Apa yang saya lihat di Tambunan ini ialah kegagalan pihak berkuasa dalam menangani perlbagai masalah yang timbul , penguatkuasaan yang tidak efektif dan tidak berkesan,” kata Mitchum yang telah membuat pemantauan selama 1 bulan lalu termasuk menemuramah orang ramai berkaitan dengan pelbagai masalah PATI di sini.
Hasilnya kata Mitchum ialah beliau begitu terkejut dengan peranan pendatang asing berniaga secara berleluasa dan bergerak bebas dan peluang pekerjaan diambil alih orang asing.
Atas kegagalan itu kata Mitchum pihak beliau dan rakyat di pendalaman akan mengusulkan permasalahan ini terhadap wakil-wakil rakyat kawasan ini yang dikatakan gagal mendengar suara rakyat terutamanya mengenai soal pendatang asing yang menimbulkan ketakutan orang tempatan.
Bersama beliau membuat tinjauan ialah Naib Presiden Pribumis, Johney Malibin. “ Kami mengalu-alukan maklumat berkaitan PATI di kalangan masyarakat pendalaman kerana kita mahu kehidupan yang lebih selamat dan tidak terancam seperti apa yang berlaku sekarang,” katanya.

PELAJAR UITM SABAH MAUT DILANGGAR LARI

MAUT: Mayat mangsa terbaring di atas jalan selepas dirempuh sebuah lori dalam kejadian langgar lari di Kampung Itol berhampiran Hospital Daro, petang kelmarin.
DARO: Seorang penuntut lelaki di Universiti Te­knologi MARA (UiTM) dari Sabah maut dalam kejadian langgar lari di Kampung Itol berhampiran Hospital Daro di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nur Hibat­ullah Ibrahim, 21, berasal dari Daro maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian anggota badan yang lain.
Menurut saksi kejadian, ketika kejadian mangsa dika­takan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal untuk melawat saudaranya di Kampung Badung.
Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan mangsa dirempuh sebuah lori dari arah belakang.
Pemandu lori terbabit terus memecut kenderaannya dan meninggalkan mangsa ter­baring di atas jalan di lokasi kejadian.
“Dalam kejadian sekelip mata itu, motosikal yang ditunggang mangsa terbabas selain mangsa turut terpelant­ing tidak jauh dari kenderaan­nya di atas jalan.
“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan serta meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Daro untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh kelu­arganya,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Daro DSP Wanger Lisa Libut ketika dihubungi berkata, Balai Polis Daro ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
Mayat mangsa selamat dikebumikan oleh keluar­ganya di Tanah Perkuburan Islam Daro di sini kira-kira jam 1.30 petang semalam. (THEBORNEOPOST)

MPS GAGAL SELENGGARA LONGANG-PARIT DI KAWASAN PERUMAHAN

SAMPAH SARAP... Saliran Parit Tersumbat oleh Sampah Sarap


ELOPURA:- Kegagalan pihak Majlis Perbandaran Sandakan membersihkan saliran parit di kawasan-kawasan taman perumahan khususnya di Kawasan DUN Elopura bukan saja bau busuk bahkan menternak nyamuk EADES yang bakal mengancam penduduk setempat.
PENERANGAN....Semasa Amsi melawat ke tempat tersebut beliau diberikan penerangan oleh beberapa orang penduduk tersebut
Dalam Tinjauan Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Amsi Liew ke kawasan perumahan bersebelahan Taman Jade Garden Jalan Pantai KM1.5 mendapati keseluruhan parit tersembut akibat dipenuhi oleh sampah sarap yang sudah berbulan-bulan lamanya pihak MPS tidak membuat kerja-kerja penyenggelaraan keatas parit-parit berkenaan.
Katanya ekoran pihak MPS yang enggan mendengar mahupun enggan menerima beberapa aduan yang sudah dibuat berkali-kali telah menimbul kemarahan penduduk berkenaan bukan alang kepalang.

GEJALA MAKSIAT DI KALANGAN REMAJA MERUNCINGKAN

SEMAK....Semak samun di taman ini tidak dibersihkan oleh MPS sejak empat bulan menjadi sarang maksiat.
TAMAN Chong Thien Vun yang terletak di puncak Bukit Bendera (Trig Hill) yang merupakan taman peranginan yang terindah di daerah Sandakan kerana dikelilingi oleh pokok-pokok subur nanmenghijau; dielus lembut puputan bayu yang cukup nyaman telah terbiar begitu saja tanpa pengawasan dan jagaan rapi pihak berkuasa tempatan.
Taman yang sebelum ini menjadi tempat bersantai dan riadah saban kini tidak lagi dikunjungi ramai pengunjung kerana kurang selesa disebabkan semak samun tumbuh meliar tanpa diselenggara oleh Majlis Perbandaran Sandakan.
Dalam tinjauan Wartawan Kanan Sabahkini.net ke taman tersebut kelmarin, mendapati kawasan tersebut memang agak menyeram dan menakutkan disebabkan rumput panjang yang tidak dipotong, mungkin dihuni oleh haiwan berbisa seperti ular tedung.
Seorang pekerja Restoran Trig Hill yang berhampiran dengan taman tersebut, Roslan memberitahu Sabahkini.Net, kini sudah hampir empat bulan tidak kelihatan pekerja-pekerja MPS memotong rumput di kawasan sekeliling taman berkenaan.
Kata Roslan, sejak kebelakangan ini ada dua tiga orang pengunjung yang bersantai di pondok yang sedia ada di taman tersebut mengadu pernah terserempak seekor ular hitam panjangnya lebih kurang 6 kaki sedang merayap melintasi tangga simen tersebut.
“Alangkah berbahayanya jika ada pengunjung yang tidak menyedari bahawa kawasan taman yang semak itu telah dihuni oleh ular-ular berisa lantas mematuk mereka. Dalam hal ini siapa yang harus bertanggungjawab dan siapa yang harus dipersalahkan nanti jika terjadi perkara buruk seumpama itu berlaku kepada para pengunjung?” Tanya Roslan.
Namun keadaan semak samun ini, kata Roslan, dimanipulasi oleh remaja, terutama sekali pelajar sekolah yang menggunakan semak samun sebagai ‘bilik atau ranjang’ memadu kasih selepas pulang dari sekolah dan berpeleseran di taman ini.
“Jika dilihat dari jauh memang semak, tetapi jika dilihat dari menara pemerhati, banyak lokasi dipenuhi kertas surat khabar dan papan lapis yang digunakan untuk melakukan hubungan seks bebas dengan pasangan masing-masing,” kata Roslan yang memaklumkan belukar berkenaan akan mempunyai ‘penghuni’ sekitar jam 1.30 petang hingga jam 3.00 petang.
Bercakap mengenai gejala maksiat di kalangan remaja di daerah Sandakan semakin meruncingkan kerana tiada pemantauan daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) antaranya di rumah-rumah penginapan dan taman-taman peranginan.
Di daerah Sandakan terdapat beberapa buah taman peranginan yang telah dikenali pasti sebagai tempat sarang maksiat sejak 10 tahun yang lalu bagi remaja perempuan dan lelaki melakukan maksiat berpasangan masing-masing pada saban malam atau disiang hari ialah Taman Chong Thian Voon Bukit Bendera (Trig Hill) Tangga Seribu, Taman Indah Jaya, Taman Grand View, Taman Peranginan Rimbah dan bebarapa lorong-lorong bangunan bersebelahan Gedung Pusat Membeli-belah Giant.
Bagi remaja yang terlalu ketagihan seks dengan kekasih ataupun pasangan mereka, perbuatan keji teap diteruskan tanpa mengira waktu dan masa apalagi di bulan Ramadan Al-Mubarak bulan yang mulia. Secara umumnya, remaja sekarang tidak menghiraukan akan akibat perbuatan keji asalkan bagi mereka yang penting keseronokan yang paling diutamakan.
Bagi mereka yang berpasangan yang tergolong daripada anak-anak orang berada (kaya) mereka melakukan zina dengan kekasih masing-masing tempatnya adalah hotel atau rumah-rumah tumpangan sebab mereka mampu. Lagipun, mereka tidak gemar di taman-taman kerana banyak gangguan seperti orang menghendap kemudian membuat rakaman video.
Sebagai kesimpulannya air mani yang bertitisan di atas tanah (muka bumi) ini akibat melakukan zina oleh golongan remaja kalau dihitung mahu juga tiga baldi pada setiap hari.

PEKADIN MAHU PEJABAT JABATAN PEMBANGUNAN WANITA PERSEKUTUAN DIWUJUDKAN DI SABAH


KOTA KINABALU, 31 Julai (Bernama) -- Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mencadangkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan pejabat cawangan Jabatan Pembangunan Wanita Persekutuan di Sabah.
Timbalan presidennya Nailin Gabintal berkata pewujudan pejabat cawangan jabatan itu wajar diberi pertimbangan bagi membantu meningkatkan lagi penyertaan wanita dalam program pembangunan di negeri ini.
Selain itu, katanya, Jabatan Pembangunan Wanita Persekutuan boleh bertindak sebagai agensi sokongan kepada usaha yang kini dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).
"Kita berpendapat dengan sokongan dana yang lebih besar dari Jabatan Pembangunan Wanita Persekutuan, program dan aktiviti wanita akan bertambah meningkat dan menjadi semakin mantap.
"Soal pertindihan bidang tugas tidak timbul kerana peranan kedua-dua jabatan itu saling bantu membantu. Misalnya, di Sabah kita ada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah (Persekutuan) dan pada masa yang sama kita ada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Nailin berkata cadangan Pekadin itu sejajar dengan program transformasi pembangunan yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan menzahirkan transformasi yang holistik, termasuk pembangunan wanita.
Beliau berkata usaha bersepadu antara Jabatan Pembangunan Wanita Persekutuan dan JHEWA kelak akan membantu merealisasikan wawasan negara itu dalam konteks pembangunan atau penglibatan wanita dalam arena pembangunan.
Nailin yakin penubuhan Jabatan Pembangunan Wanita Persekutuan akan memberi manfaat kepada kaum wanita di negeri ini, terutama dalam membantu menaja projek yang dikelolakan wanita dan persatuan wanita.
"Jabatan Pembangunan Wanita Persekutuan juga boleh membantu memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada menaikkan ekonomi luar bandar, membantu membiayai kos perubatan penyakit kronik ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap selain memberi sokongan kewangan kepada usahawan wanita untuk mencapai tahap global," katanya.
Nailin berharap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga anggota Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dapat membantu menjayakan penubuhan pejabat cawangan jabatan itu di Sabah. (BERNAMA)

LATEST UMNO-STIRRED HYSTERIA: Dog-trainer Maznah arrested for insulting Islam

LATEST UMNO-STIRRED HYSTERIA: Dog-trainer Maznah arrested for insulting Islam
Opposition leaders reacted with outrage at news of the arrest of a Muslim woman for purportedly insulting Islam after You Tube clip showed her washing her dog in a manner that mimicked Muslim ablutions with the Eid prayers and a Hari Raya song in the background.
"This is outrageous. BN and Umno are responsible for stoking this ill-feeling and tension. Maznah has been denied her access to lawyers and I am still waiting to see when they will release her. This hysteria has to stop," Latheefa Koya, Head of Legal and Human Rights Bureau at Parti Keadilan Rakyat.
Latheefa was referring to the media lynching led by Umno newspaper Utusan and the strident promises by Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin to take swift action against those who "insulted Islam".
Muhyiddin had also warned that there would be "tensions" in the country if Islam was insulted, prompting another storm of protest from non-Muslims, who demanded if the DPM was suggesting that other religions could be insulted with impunity.
I love my religion
The Muslim woman in the tape is 38-year-old dog trainer Maznah Mohd Yusof, who has denied any intention to insult Islam. The tape, which was made 3 years ago was re-posted on Tuesday. It has since been taken down.
"I love my religion. I think these people should learn about their religion first, and not misinterpret my video, which was made three years ago," Malaysiakini reported Maznah as saying.
"As a religious leader, doesn't he know about Islamic laws? As far as I am concerned, my religion does not forbid me from keeping dogs or caring for them," she added, referring to the cleric in her neighborhood mosque who had condemned the clip.
Alvivi, Maznah - pawns trapped in Umno's religious and racial politicking?
Federal Commercial Crimes Investigation Department director Syed Ismail Syed Azizan confirmed Maznah's arrest.
"This video was made three years ago, why make an issue about it now? I believe this is related to the case of bloggers Alvin Tan and Vivian Lee... because initially, those who viewed the video mistook me for a Chinese," said Maznah.
She was referring to bloggers Alvin Tan and Vivian Lee who created an uproar with their Ramadan greeting on Facebook that showed them having bak-kut-teh ( a herbal soup made usually with pork but can be vegetarian or even halal (kosher) if made with suitable meats).
The bloggers were unfairly jailed and forced to stay more than a week prison. They were also slapped with 3 types of charges including the draconian Sedition Act.
To many Malaysians, it appears Alvivi and now Maznah are being used by unscrupulous politicians wanting to stir up Islamic righteousness to portray a holier-than-thou image and win political favor from their party members and supporters.
MORE TO COME
Malaysia Chronicle

Those insult Muslims the most are BN leaders like YOU - Latheefa slams Muhyiddin

Those insult Muslims the most are BN leaders like YOU - Latheefa slams Muhyiddin
We refer to DPM Muhyiddin Yassin’s admonishment of non-Muslims, telling them to stop insulting Islam and creating tension when responding to a video clip on YouTube entitled "1 Hari di Hari Raya" that purportedly depicted a “non-muslim” performing ablution and did the same to her three dogs with the "takbir" Raya and Hari Raya song as a backdrop.
As it turned out, she is a Muslim and there was clearly no intention to insult Islam but was an old video wishing Hari Raya and that dogs and Islam are not necessarily incompatible.
We condemn the irresponsible and opportunistic reaction by the DPM to stoke religious and racial tension by pitting Muslims against non-Muslims without bothering to check what the actual content of the video was and jumped into conclusion that the maker was a non-Muslim who wanted to insult Islam.
This is all the more reprehensible considering we have just recovered from the Alvivi Facebook incident.
Rise above petty racial politicking
As the Deputy Prime Minister, he should rise above such pettiness and should be the one who keep the harmony and peace between the different races and religions and not perpetuate strife and distrust among our multi-racial Malaysia.
Further, even if the video was made by a non-Muslim, the DPM should not have attacked and generalised all non-Muslims as having intention to insult Islam. Islamic traditions and history are rich in examples of how Muslims have lived in harmony and even protected non-Muslims from persecution.
It is BN leaders like the DPM who are insulting Islam and Muslims in Malaysia by persistently projecting Muslims as uncaring, unfair and paranoid - who are intolerant of different cultures and views. This narrow and intolerant attitude has to stop before it brings the country into chaos and violence.
Latheefa Koya, Head of Legal and Human Rights Bureau of Parti Keadilan Rakyat