`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 22, 2012

Layu nya Melayu UMNO



Orang Melayu mesti sedar bahawa kepentingan bangsa Melayu bukanlah hanya boleh diperjuangkan oleh UMNO. Selagi kita ada undang2 dan selagi bangsa Melayu boleh bersuara kepentingan bangsa Melayu boleh dijaga. Bukan nya UMNO yang memberi kita rezeki. Bangsa Melayu mesti ada jatidiri.

Ada undang2, ada perlembagaan, ada pemimpin yang komited kepada kepentingan orang Melayu, perjuangan orang Melayu tetap jitu. Masa depan orang Melayu tidak bersyaratkan mesti di perjuangkan oleh UMNO.

Jasa UMNO mendapatkan kemerdekaan tidak dapat dinafikan. Kita terima ini sebagai fakta sejarah. UMNO menjadi juribicara suara hati bangsa Melayu yang menunut kemerdekaan. Tapi UMNO jangan lupa bahawa tanpa sokongan orang Melayu, UMNO adalah pertubuhan yang biasa. UMNO yang bergantung kepada orang Melayu, bukan sebaliknya. UMNO hanya jurucakap suara hati orang Melayu. Kita yang menentukan UMNO bukan UMNO yang mendefinisi orang Melayu. Jika rakyat yang berdaulat lebih dari UMNO, wadah mana pun yang kita pilih akan diperkasakan jika kita menyokong nya. Jangan kita lupakan fakta ini. tanpa kita, UMNO, PAS atau mana mana parti pun, tidak signifiken.  Mana2 Melayu pun, hebat Melayunya bergantung kepada komitment nya, dedikasinya, pembelajaran nya, keberanian nya, disiplin nya. Nilai2 yang dia pegang itu lebih penting dari solekan atau make-up yang dia pakai. UMNO Melayu tidak lebih dari Melayu yang berada dalam parti lain.

Selalu kita dengar para pemimpin UMNO dan BN berkata jika kerajaan bertukar keadaan huru hara. Mengapa perlu jadi demikian? Kalau UMNO jatuh bukan bererti jentera kerajaan akan dihapuskan. Penjawat awam akan terus berkerja dan menjalankan tugas seperti biasa. Kita tak buang mereka. Polis tetap terus menjaga keamanan. Tentera terus menjaga keselematan negara dari ancaman luar. System perundangan kita juga akan berterusan. Semua ini bukan nya milik UMNO. Jadi apa kena mengenai nya kejatuhan UMNO dengan kelansungan system kerajaan.

Janganlah orang Melayu terpedaya dengan dakwaan kononya, hanya kerajaan UMNO/BN sahaja yang tahu mentadbir dan mengurus negara. Kerajaan2 Pakatan telah membuktikan hanya dalam masa 4 tahun, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan di tadbir dengan lebih baik. Kerajaan Kelantan tidak ada hutang dengan kerajaan federal. Pahang berhutang lebih dari RM 1 billion. Melaka RM800 juta.

Tidak ada sebab lansung jika UMNO tiada, negara ini tidak dapat terus dimajukan. Dan tidak ada sebab juga jika UMNO tiada, maka orang Melayu akan musnah.

Apa sebab nya orang Melayu mesti bergantung kepada UMNO? UMNO telah menunjukkan banyak pembelotan kepada kepentingan bangsa Melayu. Pemimpin mengayakan diri mereka dengan mengorbankan kepentingan yang lebih umum. Di Sabah pemimpin hidup dalam mahligai. Rakyat menderita. Dan itu negeri yang ada sumber minyak dan balak. Kemana pergi nya kekayaan tersebut?

Kita ambil contoh penyenaraian Felda GV. Kaunter itu memang lah bagus. Tapi ia hanya bangus kepada pemilik jumlah saham yang banyak. Kepada peneroka Felda, yang atas nama mereka FGV di senaraikan, ianya tidak bagus. 112,655 keluarga Felda mendapat 800 unit per keluarga. Walaupun kalau dapat premium RM1, untung mereka hanya RM600 setelah ditolak kos pinjaman bank.

Orang yang memiliki 1juta saham, 2 juta, 3 juta mendaat satu hingga 3 juta Ringgit. Mereka tidak ada kena mengena dengan Felda. Kos yang dibayar bagaimana? Segala harta dan tanah di pajak kepada FGV selama 99 tahun. 360,000 hektar tanah yang boleh menempatkan 80,000 peneroka terlepas dari Felda. Kemana perginya kepentingan peneroka yang di pegang melalui KPF? Tidak ada. Bagaimana hasilan dari pengapungan FGV digunakan? Ada kerajaan atau Felda memberi penerangan kepada peneroka? Dan majority peneroka ini apa bangsa nya? Melayu bukan. Peneroka dapat RM 15,000( yang belum diselesaikan sepenuhnya) dan RM300 bonus hari raya. Mungkin ia datang dari hasil penjualan saham Felda dalam FGV. Makna nya peneroka menerima wang mereka sendiri. Siapa yang menipu peneroka? Pemimpin UMNO.

Tanah dalam negeri2 di jual kepada pemaju bangsa Cina dan asing. Pemimpin kerajaan menganjur kita mencurigai kaum cina kebanyakan, tapi para pemimpin UMNO tidur sekatil dengan tauke2 Cina. Pemimpin UMNO berniaga dengan tauke Cina. Mengapa ustaz UMNO tidak menfatwakan haram bersekongkol dengan tauke Cina kafir harbi yang merompak harta benda rakyat?

UMNO sudah rosak matlamat perjuangan. Dan Najib tidak ada clue apa yang mahu di perjuangkan atas platform UMNO. Apa yang UMNO boleh buat yang tidak boleh dilakukan dengan lebih baik oleh parti politik lain? Mengurus negeri?  

Pemimpin UMNO dan BN butakah mata mereka? Setiap kali mereka melaungkan mana dasar konkrit yang boleh ditunjukkan oleh PR? Janganlah hendak kelentong dan membohongi rakyat. Kesemua negeri dibawah Pakatan Rakyat diurus dengan lebih baik. Pulau Pinang- hutang yang dibuat oleh Koh Tsu Koon sekarang tinggal baki RM30 juta dari 800 juta ketika Guan Eng mengambil alih. Pelaburan asing? Terbaik dari semua negeri di Malaysia.

Selangor- lebih  baik dari kerajaan UMNO yang korap dahulu. Kedah- pelaburan asing yang ke5 tinggi. Hasil balak nya berganda ganda setelah lubang2 rasuah yang dahulunya di gali oleh pemimpin UMNO dan ketirisan di baiki. UMNO tidak mahu membendung rasuah dan salah guna kuasa. Pemimpin UMNO incompetent dalam mengurus negeri.

Bukankah Dato sudah tua tanya rakan2 saya? Dato Najib dan Muhyiddin lagi tua pada saya. Dan saya tidak nampak mereka ada kebolehan yang luar biasa. Jangan beri saya mula membicarakan kelebihan Najib ya. Hanya yang tidak kenal dia dan terpukau dengan kelentong Najib sahaja yang akan taksub dengan dia.

Saya tanya kembali- selama awak mengenali saya, ada saya kompromi mengenai kebangsaan saya dan agama saya? Saya tukar wadah, bukan tukar aqidah.

Saya beritahu mereka. Tahukah siapa yang jual orang Melayu? Orang UMNO dan bangsawan Melayu. Lihat sahaja kawasan balak di Pahang. Siapa yang menguasai nya kalau tidak tauke2 Cina yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO dan raja2 Melayu. Raja2 Melayu mesti insaf dan sedar, mereka dimuliakan dan didaulatkan jika mereka menjadi contoh teladan kepada bangsa Melayu. Apa pasal pemipin UMNO tdiak mahu mentarbiyah mengenai wasatiyah kepada Raja2 Melayu terlebih dahulu? Semua orang tahu, ikan jadi busuk dari kepala nya terlebih dahulu.

Saya sebut raja Melayu sebab saya katakan, orang Melayu kalau hendak benci pada raja2 Melayu tidak memerlukan hasutan orang. Orang Melayu tahu benci kepada laku perangai raja2 yang buruk, mengaut segala kekayaan dan memonopoli perluang perniagaan. Apa perlu pada hasutan orang? Kalau raja Melayu berperangai buruk, kaki minum arak, berpoya poya, setiap hari adalah hari party2- tidak ada orang yang akan hormat pada raja2 Melayu. Raja Melayu mesti faham, mereka di muliakan kalau mereka muliakan perasaan rakyat. Tanpa rakyat, raja tidak ada. Tanpa raja, orang Melayu tetap ada.

Di Pulau PIanag, raja Melayu tdiak ada, ada orang melayu bergelimpangan mati? Siapa yang membela mereka? Undang undang melindungi mereka. Di Melaka? Raja Melayu tidak ada. Tapi ia tidak menyekat kemajuan orang Melayu walaupun UMNO menyekat kemajuan orang melayu yang sebenar.

Kalau tidak percaya, perhatikan apa UMNO akan buat dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Mereka akan membeloti kepentingan bangsa sendiri. Apa mereka peduli asalkan dapat mengekalkan kuasa. Tanah2 dan hakmilik akan segera diproses untuk di beri kepada orang Cina. Permohonan lesen, tanah dan premis perniagaan akan diberi. Kalau ada Cina mohon lesen 4 nombor ekor, kerajaan negeri akan beri.

UMNO yang sogok cina cina ini. dan mereka melakukan itu semua sementara mengaku mereka lah pembela orang Melayu, raja2 melayu dan pembela agama Islam.

Kalau orang Melayu Pahang di Cameron highlands mengenepikan bangsa sendiri dan pilih Palanivel, malu lah Melayu UMNO. Korbankan bangsa sendiri kerana Palanivel. Kalau Melayu di Sabai memilih calun India sedangkan majority penduduk adalah Melayu, Malu besarlah Melayu UMNO. Kalau orang Melayu di Bentong pilih calun cina dan membelakangkan Melayu yang beragama Islam- malu lah UMNO. Kalau orang Melayu Raub pilih orang Cina, malu juga UMNO pembela bangsa Melayu dan penegak agama Islam.

Saya mengajak orang melayu insaf- kalau benar2 mahu membela bansga Melayu- maka Melayu lah yang mesti diutamakan. Walau diatas wadah apa pun mereka berada, mereka tetap Melayu dan tetap Islam.  Dan kalau Melayu UMNO bertanding dengan Melayu lain, pilih yang lebih baik.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.