`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 12, 2012

Kamasutra (1)


Oleh: MSK
Intro
×
Makin lama, politik makin memboringkan. Dah sampai tahap gaban. dulu kemana saja aku pergi, orang akan bertanya “bila nak pilihanraya.” Sekarang..kalau tanya kat orang pun, jawapannya hampir standard…”mampuih pi la bila nak pilihanraya pun.”
Bila cakap tentang politik…orang akan bercakap tentang “perjuangan”. Makin lama, “perjuangan” itu semakin kabur. Bila dah kabur, aku beralih kepada topik yang mengghairahkan sikit..Kamasutra. Yang peliknya, ramai orang mempunyai persepsi bahawa Kamasutra adalah “porno”.
Bila cakap tentang Kamasutra, masing-masing terbayang posisi seks. Kamon la.
Tamadun Hindu wujud jauh lebih lama sebelum Christ. Kalau ikut sejarah, Kamasutra dihasilkan sekitar 400 BC.
Kehidupan ini merangkumi tiga aspek utama.
1. Dharma..yang bermaksud ugama atau nilai-nilai moral.
2. Artha..yang bermaksud kekayaan material.
3. Kama…yang bermaksud kepuasan seks.
Tanpa ugama atau nilai-nilai moral, manusia akan jadi setan. Ada ugama, tapi tidak mematuhi nilai-nilai moral pun lebih kurang setan juga. contohnya, ada imam yang mengetuai sembahyang berjemaah, tapi bila bagi komisen untuk kontrak repair masjid, dia sapu juga.
Paling kurang, kena duit bro. Kalau tak ada duit..macam mana nak hidup. Tapi duit ini diperlukan dalam konteks zaman sekarang. Kalau dulu, tak ada duit pun tak apa. Tapi sekurang-kurangnya, perlu ada sesuatu untuk ditukar beli.
Yang ketiga ni best sikit. No woman, no cry. No woman, man die.
Atas keperluan Kama inilah, ulama-ulama Hindu yang dikenali sebagai Rishis dan Munis ini mengkaji dan menyusun buku-buku tentang  bagaimana hendak melayan wanita. Rishis dan Munis ni lebih kurang macam Ustaz dengan lebai la.
Mengikut Purana (kitab suci), dunia ini dicipta oleh Brahma dan seluruh pentadbiran dan cara-cara pengurusan manusia ditulis dalam kitab yang mengandungi 100,000 juzuk. Rishis dan Munis inilah yang menghafal kitab-kitab ini, macam orang kita yang sekarang dipanggil Al-Hafiz.
Tapi berapa ramai yang mampu menghafal semua 100,000 juzuk dalam Purana? Oleh itu, dibahagi-bahagikan tanggungjawab untuk menghafal kitab ini kepada beberapa topik.
Svayambu Manu menghafal dan mempermudahkan pemahaman tentang prinsip-prinsip ugama dan nilai-nilai moral. Vrihaspati menulis tentang ekonomi. Nandi menumpukan kepada prinsip-prinsip berasmara. Nandi menghasilkan kitab tentang prinsip berasmara yang mempunyai 1,000 juzuk. Bab politik tak ada.
Tak lama kemudian, Shvetaketu, anak kepada Maharishi Uddalaka mempermudahkan lagi kitab Kama ini dengan menghasilkan teks yang hampir setengah tebalnya dari kitab asal. Kemudian, Vabhravya, seorang penduduk di Utara India menjadikan kitab Kama ini dengan hanya 150 juzuk.
Vabhravya membahagikan kitab ini kepada tujuh bahagian:
1. Maklumat umum.
2. Tentang hubungan seks.
3. Tentang perawan.
4. Hubungan suami isteri.
5. Hubungan dengan isteri orang.
6. Hubungan dengan gundek.
7. Cara-cara menjaga kejelitaan.
Nak hafal 150 juzuk ni pun bukan senang. Nak hafal 30 juzuk Quran pun tengah mati. Jadi, beberapa ulama Hindu selepas itu ramai yang hanya menumpukan satu-satu bahagian. Sama juga macam ulama Islam. Ada yang pakar dalam hadis saja. Ada yang pakar dalam  menjatuhkan hukum saja.
Diantara ulama-ulama Hindu yang terkenal yang membicarakan sesuatu topik itu adalah:
Charayana yang membicarakan tentang maklumat umum.
Swarnanabha menulis tentang hubungan seks.
Gotakamukha pakar tentang perawan.
Gonardiya merupakan ulama dalam hubungan suami isteri.
Gonikaputra merupakan ulama dalam hubungan dengan isteri orang. (he.he..yang ni pun tak salah).
Dattaka adalah ulama tentang hal-hal gundek atau peniaga seks. (Aku tak mau la sebut pelacur sebab bunyi nya rendah sangat. Walubagaimanapun, taraf pelacur lebih tinggi dari sesetengah politikus. Dengan pelacur, kita bagi duit, kita skru depa. Dengan politikus, kita tolong, depa skru kita balik).
Last sekali, Kuchumara adalah ulama tentang macam mana nak menjaga kejelitaan.
Semua topik-topik yang disebut diatas dirangkum menjadi satu subjek yang dipanggil Sains Asmara. (Science of Love). Mereka yang lulus Sains Asmara tak boleh dipanggil Dr. atau Ir. Mungkin boleh dipanggil Rishis atau Munis…ataupun dalam Islam kita panggil Ustaz dan Ustazah. ustaz dan Ustazah yang lulus sains asmara mempunyai peluang untuk mendapat suami atau isteri orang berada.
Dalam Islam pun lebih kurang jugak…sampaikan Abby Abadi pun nak cari Ustaz. he.he. Betul atau tidak kena tanya Ustaz Azhar Idrus.
Kitab-kitab tentang Sains Asmara ini masih lagi terlau tebal untuk dibaca dan difahami. Lantas seorang lagi ulama muncul yang bernama Maharishi Vatsyayana, yang mempermudahkan prinsip-prinsip Sains Asmara untuk kemudahan orang biasa.
Maka terhasillah satu kitab yang dipanggil Kamasutra, yang mengandungi tujuh bahagian, 36 juzuk, 64 surah dan 1250 ayat.
Kitab Kamasutra  ini terhasil sekitar tahun 300-500 Masehi…dimana pakar-pakar sejarah bersetuju bahawa zaman itu merupakan zaman pemerintahan Maharaja Gupta dimana kehidupan masyarakat India pada masa itu merupakan yang terbaik. Malah ramai yang berpendapat bahawa zaman Maharaja Gupta merupakan zaman kegemilangan Hindu.
Kitab Kamasutra terhasil dari persekitaran kehidupan pada masa itu. Kehidupan masyarakat Hindu pada masa itu sudah dianggap “moden” berbanding tamadun lain. Dan yang paling menarik, remaja perempuan yang mempelajari Sains Asmara menjadi rebutan para aristokrat Hindu pada masa itu. Mereka yang lulus dalam Sains Asmara berpeluang mengahwini para elitist.
Sama juga macam kehidupan kita zaman sekarang. wanita-wanita cantik dan seksi berpeluang mengahwini anak-anak raja. Bukan saja anak raja, malah raja tua pun boleh.
Vatsyayana juga menghasilkan beberapa kitab yang merangkumi beberapa topik tentang etika sosial. Etika bila pergi kenduri. Etika majlis keramaian. Muzik, tarian,seni lukis dan seni arca.
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.