`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 12, 2012

Penny Wise, Pound Foolish



Bila puak UMNO tidak dapat menangkis hujjah, mereka akan attack peribadi. Atau serang technicalities. Sebagai contoh. Yang jadi masaalah hal SUARAM dengan mahkamah di Perancis apahal? Tiba2 SUARAM jadi isiu. Jika menerima sumbangan wang dari pihak asing menjadi masaalah, bagaimana pula sumbangan wang asing kepada NGO pro kerajaan? Menerima wang dari asing oleh SUARAM mengensel angkara durjana yang dilakukan oleh orang tengah dalam kes pembelian Scorpene?

Rasuah RM 500 juta bagaimana? Pembunuhan Altantuya bagaimana? Rasuah ok sebab penerima nya Melayu? Warga Mongolia dibunuh tidak mengapa sebab dia high class call girl?

Hakikat nya, mahkamah Perancis mendapati firma yang membekalkan kapal selam Scorpene melakukan bebarapa jinayah rasuah. Sebagai ekstensi, perbuatan serupa boleh berlaku keatas orang tengah/firma yang membroker pembelian kapal selam scorpene untuk kerajaan Malaysia.

Suddenly you find some faded and jaded luminaries of the old media heaping scorn and incredulity at whether the French courts are pursuing the Scorpene Case or not. They are poorly aped and mimicked by some of the running dogs and apologists of the UMNO regime. These people are spending their last days under a dying regime. We will reserve for them a special section in the new wings at Bamboo River Resort for criminals.

Rakyat tidak kira sama ada mahkamah perancis buat atau tak buat. Saya sendiri tidak mengikuti perkembangan tersebut. Yang menarik minat rakyat ialah bagaimana pembelian kapal selam tersebut menyebabkan kita membayar komisyen kepada Razak Baginda. Kita berminat kenapa Altantuya kena bunuh. Isiu2 ini lagi besar daripada SUARAM menerima sumbangan dari pihak asing. Macamlah UMNO tidak menerima wang sumbangan dari sumber2 yang mencurigakan.

Kita nak tahu kaitan Razak Baginda dengan pemimpin politik Malaysia. Kita minat nak tahu bagaimana RM 500 juta itu diagihkan? Was it true as told to me by UMNO insiders Pak Lah was paid RM 160 million?  We will never know unless we put Razak Baginda in the dock.

Fakta nya, Razak Baginda dapat komisyen RM 500 juta lebih.  Kita akan tahu bila partner dia membawa kes mereka ke mahkamah kerana mereka tidak dapat share yang dijanjikan.

Apa servis yang dia buat sehingga kita bayar dia RM 500 juta lebih?  Kita minat jugak nak tahu Razak Baginda pandai tak bertutur dalam bahasa Mongolia maklum sajalah, sudah bulan2 bertukar air liur.

Adakah orang melayu boleh memaafkan perkara unconscionable ini? skendel tersebut menyebabkan pembunuhan seorang warga Mongolia. Rakyat Malaysia, apatah lagi orang Melayu yang beragama Islam, tidak boleh memaafkan nya.

Tapi tidak mengapa. Bila Pakatan Rakyat memerintah, kita akan subpoena Razak Baginda, put him on the stand and prosecute him justly. Those who have subverted justice will find justice meted out to them. You can run, but you can’t run forever. All Malaysians want to find out; who does Razak fenced the money for?

Jika orang melayu buat tak tahu dan memaafkan jinayah dan rasuah yang berlaku, maka suatu hari nanti Razak Baginda masuk rumah kamu , meniduri isteri kamu atau anak perempuan kamu, kamu kata tidak mengapa. Mungkinkah orang UMNO sahaja yang kata, hal demikian tidak mengapa?

Sebab? Sebab dia orang Melayu.! Kepada rakyat Malaysia lain yang dismissive mengenai apa yang telah dilakukan oleh Razak Baginda and gang, the same thing applies. One day, he enters your house and sleeps with your wife or young daughter, you will say, it’s all right, he’s a patriot, a true Malaysian. 

Melayu, Islam dan kristianisasi. 

Apa masaalah orang Melayu yang beragama Islam? Saya ingin bertanya. Boleh kah orang kristian mengkristiankan Nik Aziz atau Hj Hadi? Bolehkah mereka mengkristiankan Zulkifli Nordin atau mamat yang bernama Ibrahim Ali? Kalau mereka tidak mampu mengkristiankan Zulkifli Nordin, Hasan Ali dan Ibrahim ali, apa pasal puak UMNO ini merasakan puak kristian boleh mengkristiankan orang Melayu lain? Islam orang lain tidak sekuat Islam Zul Nordin, Hasan Aqidah Ali atau Ibrahim Ali kah?

Apa masaalah orang Melayu? Jumlah orang Melayu ialah 18 juta orang. Ertinya, mereka majority dan majority ini beragama Islam. Aqidah mereka terlalu rapuh kah sehinggakan orang kristian yang tak sampai 1 juta di Malaysia ini dapat menguasai bumi Malaysia? 

Agama Kristian tidak pernah pun menjadi isiu besar selama ini- tiba2 penahan lukah di pergentingan membesar besarkan isiu ini untuk menakutkan orang Melayu. Jika mubaligh dan paderi Kristian mengkristiankan orang asli dalam hutan atau orang pribumi Sabah dan Sarawak, yang jadi masaalah kepada orang Islam mengapa? elok kita jaga aqidah dan Islam kita sendiri daripada menyibukkan diri dan menyemakkkan kepala keatas perkara kecil. isiu yang lebih besar0 korapsi, kezaliman, kerajaan yang tidak cekap, tidak hendak pula dibahaskan!

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.