`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 8, 2013

ADA MYKAD DAN SIJIL LAHIR, LAYAK DAPAT PERMIT BAS




LULUS....Salah seorang pemohon yang berjaya sedang menerima permit tersebut disampaikan oleh V.K Liew.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Pengarah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Ariffin Samsudin berkata untuk mengelakkan kereta Sapu yang semakin berleluasa di Daerah Sandakan dan sentiasa menjadi rungutan para pengusaha mini bas, langkah terbaik ialah melonggarkan permohonan agar mudah mendapatkan permit baru.

Ariffin berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Sabahkini.Net sejurus selepas menerima borang permohonan sebanyak 1,900 daripada para pemohon di sini yang datangnya dari pelbagai tempat.
Katanya, permit baru bagi bas mini untuk 50 laluan khususnya bagi daerah Sandakanialah sebanyak 287 permit sahaja tetapi yang memohon seramai 1,900 pemohon.

Sistem kali ini, kata Ariffin agak berbeza daripada sitem-sistem yang sering diguna pakai oleh pihak LPKP dan sebelum iaitu sesiapa yang ingin memohon permit bas mereka mesti mempunyai simpanan dalam akaun bank sekurang-kurangnya RM5,000 dan kad pengenalan sahaja.

“Namun sistem yang diguna pakai oleh pihak LPKP sekarang mereka tidak perlu mempunyai dana RM5,000 melainkan hanya perlu mengemukakan mykad dan Surat Beranak. Itu sahaja. Jika tiada surat beranak, maka permohonan yang dikemukakan dengan serta merta akan ditolak,” ujarnya.

Ariffin berkata dengan sistem baru itu menjurus untuk mengelakan orang ramai yang mempunyai kad pengenalan yang diragukan kerana mereka tidak mempunyai sijil kelahiran, mahupun sijil warganegara Malaysia.

Apapun tambah Ariffin, sistem baru dan mudah ini untuk mendapatkan permit dan bagi membuat mereka berpuasa hati agar tidak timbul pelbagai persepsi dan keraguan pihak pemohon terhadap LPKP; maka ia digunakan melalui sistem cabutan undi agar telus dan terbaik.

WAWANCARA....Pengarah LPKP Ariffin menjelaskan sesuatu mengenai syarat permit bas dalam satu sesi wawancara eksklusif.

Manakala Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang menyempurnakan majlis penyerahan permit baru tersebut kepada 287 pemohonan yang diluluskan oleh pihak LPKP dalam ucapannya antara lain meminta semua pemilik permit bas yang telah diluluskan oleh LPKP agat tidak disalahgunakan seperti di sewa pajak kepada orang lain.

“Kita sepatutnya bersyukur kerana pihak LPKP telah membuka peluang dan kelonggaran kepada orang ramai untuk mendapatkan permit ini dan tidak banyak syarat. Hanya menggunakan kad pengenalan dan sijil kelahiran mereka telah dapat permit dengan mudah,” tegasnya.

V.K Liew selanjutnya menasihati para pemohon yang tidak berjaya agar tidak rasa kecewa atau berkecil hati dan terus memohon di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.