`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 14, 2013

Air: Pakatan percuma untuk rakyat, BN ‘percuma’ untuk Singapura


Aliff Fikri
JOHOR 14 APRIL: Perjanjian pembekalan air antara Johor dan Singapura membuktikan Umno tidak bijak mengurus bahan mentah itu berbanding Pakatan Rakyat, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Ingat perjanjian air Johor-Singapura? Johor jual kepada Singapura dengan harga 3 sen setiap 1,000 liter. Singapura proses, rawat kemudian jual balik pada harga 50 sen Dollar Singapore.
“Perjanjian itu berkuat kuasa hingga 2061. Inilah perjanjian yang cukup unik hasil dari ‘kepandaian’ Umno BN memerintah,” katanya, sinis pada pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor malam tadi.
558139_500022486727619_657047802_n
Sebaliknya, Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, Pakatan jauh lebih bijak mengurus air hingga mampu memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

“Tawaran 15 perkara dalam manifesto Johor,  sebahagiannya diaplikasi dari pengalaman  memerintah beberapa negeri. Contohnya, air percuma,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Saifuddin percaya hanya Pakatan mampu mengurus kewangan dengan baik dan amanah, malah sudah membuktikanya.
“Ambil alih Selangor dari Umno BN aset keuntungan akhir Mac 2008 ialah RM600 juta. Lima tahun perintah, ia berjumlah RM2.6 bilion. Peningkatan RM2 bilion.
“Kelantan pula diiktiraf negeri bebas rasuah. Selama 22 tahun perintah tiada seorangpun pimpinan diheret ke mahkamah kerana rasuah,” katanya.
526364_500022546727613_1071563111_n
Beliau berkata, ia hasil sikap amanah dan prinsip pimpinan yang mahu rakyat memperoleh nikmat, bukan engejar kepentingan tertentu.

“Urus kewangan ibarat kawal edaran darah ke tubuh manusia. Jika ia terkepung atau luka dan tak dirawat segera, darah keluar banyak menyebabkan tubuh jadi lemah.
“Begitulah jika kewangan jika tak diurus dengan berhemah – membazir, bocor dan rasuah, pengurusannya jadi rosak,” kata calon Parlimen Bandar Baharu Kulim itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.