`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 27, 2013

Aku Syorkan Jumaat Depan, Semua Khutbah Jumaat, Pemimpin UMNO Ajelah Sampaikan


Kita dah sampai di satu tahap di mana khutbah sendiri telah dimanipulate untuk mempengaruhi minda. Untuk sebuah kerajaan yang selalu kata agama asing, politik asing...ini adalah sesuatu yang sedikit hipokrit rasanya. Tapi apa yang JAKIM cuba lakukan sekarang bukannya cara yang betul mengadunkan politik dengan agama..tapi lebih kepada menggunakan agama sebagai alat kepada politik. Banyak isi khutbah syok sendiri dan menunjukkan kebesaran Barisan Nasional.

Beberapa Contoh ; 

Khutbah "Menepati Janji, Membawa Harapan"

1. Yakinlah bahawa menepati janji dan berkata benar merupakan bukti kesempurnaan dan keadilan seseorang pemimpin itu kerana bukan semua pemimpin mampu mengotakannya dan hanya pemimpin yang bertanggungjawab serta sayangkan rakyatnya sahaja mampu menunaikan janjinya. 

Come on JAKIM. Semalam kau bercerita mengenai sistem demokrasi yang "Islam" tapi kau cuba mempengaruhi orang ramai supaya skeptikal dengan pihak yang tidak terbukti menepati janji. Kalau satu pihak tidak diberi menepati janji macam mana dia nak memenuhi janji?

Lagipun, "bukti kesempurnaan" ? Agak menakjubkan. Sama menakjubkan seperti konsep "Maha" yang dilabelkan ke atas Sultan2 sebelum ni.

2. Justeru sebagai rakyat yang bijaksana, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat ini dan menghargai pihak pemerintah dan bandingkanlah keadaan kita dengan umat Islam di negara-negara jiran. 

Bro, please...sure nak compare dengan Brunei?

3. Percayalah, ketaatan kepada pemerintah negara hari ini yang terbukti sentiasa mempertahankan agama Islam terutamanya dalam isu Kalimah Allah dan berjaya membela nasib rakyat sangatlah dituntut. 

Ini ayat paling direct politically motivated. 

Khutbah "Kesahihan Pemerintah"

1. Oleh itu, mimbar ingin menyatakan bahawa demokrasi yang diamalkan di negara ini dalam pemilihan ialah sepertimana yang berlaku di zaman khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA dan Umar al- Khattab RA, dimana mereka diputuskan oleh Jawatankuasa Syura dan kemudiannya diadakan pemilihan umum untuk mendapat sokongan rakyat. 

Jawatankuasa Syura kita adalah ahli Parlimen. Sistem pentadbiran kita diambil daripada British. Kita adalah negara sekular. Mungkin caranya nampak sama, tapi spirit dia lain. Baca mengenai keburukan sistem Westminster ni dan kenapa ia tak selari dengan Islam. Sistem ini melahirkan pemimpin yang bermentaliti sama ada you are with us, or against us. Tidak mampu melahirkan pemimpin yang ambil kira pandangan dua2 pihak untuk dijadikan pertimbangan. Ada ke PM kita pernah setuju dengan pihak pembangkang? Ada. Itupun lepas Manifesto Pakatan keluar. Tiba2 boleh pulak Kerajaan turunkan harga kereta...sebelum tu kata negara akan bankrap.

2. Oleh itu, langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian iaitu: Pertama: Tidak mudah menerima hasutan dan fitnah daripada musuh-musuh Islam dan pengkhianat negara bahkan semakin kuat kita bersatu mempertahankan dasar, kedaulatan dan prinsip demokrasi negara. 

JAKIM, tolong jelaskan siapa pengkhianat negara? Siapa musuh2 Islam? Mudah kalau nak sebut tapi khutbah perlu clear dan jelas, pada aku ini satu percubaan yang menghampiri fitnah tapi fitnah yang tidak jelas. Jika JAKIM sendiri hendak orang ramai serkap jarang dan assume "pengkhianat negara" adalah parti pembangkang, mana semangat Islam kau kat situ?

Khutbah "Pemimpin Berwibawa Negara Sejahtera"

1. Strategi memanipulasi emosi dan menjanjikan kuasa kepada rakyat adalah doktrin yang telahpun berjaya digunakan oleh pihak musuh untuk menjatuhkan beberapa negara Islam. Ia bermula dengan mewujudkan bayangan palsu kepada pemerintah yang sedia ada dan seterusnya bayangan palsu itu dijadikan persepsi supaya dipercayai oleh rakyat yang akhirnya ia dimanipulasi untuk menjatuhkan negara dan pemerintah. 

Justeru, selari dengan perkembangan semasa ini, maka mimbar menyeru seluruh umat Islam agar berlaku adil dan bijak dalam menentukan kepimpinan dengan mengambil kira ciri-ciri yang telah di sebutkan tadi. Yakinlah, negara yang diperintah oleh kepimpinan yang berwibawa dan konsisten akan menjamin segala dasar dasar dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan beramanah lagi adil serta saksama. Sebaliknya, kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara tidak akan dicapai jika negara diperintah oleh golongan yang tidak mempunyai sifat sedemikian. 

Ini adalah penutup khutbah ni. Lihat bagaimana mereka cuba mengawal pemikiran orang dengan perenggan pertama tu. Ini ke sistem demokrasi Abu Bakar As-Siddiq?
.............

Khutbah untuk 19 April 2013 yang bertajuk "Bahaya Lidah" adalah yang paling balance dan fair. Sebab dalam itu tidak langsung wujud perkataan kerajaan. Khutbah tersebut juga menyeru kepada kedua-dua pihak dan yang lebih penting lagi, khutbah tersebut menyeru ;

a. Jangan mendedahkan keaiban seseorang atau menyebarkan keburukan seseorang atas alasan demi kebenaran

b.Janganlah mengelar seseorang dengan gelaran yang buruk terutamanya sesama umat Islam kerana ianya boleh mendatangkan dosa dan membawa kepada kefasikan.

c. Jauhilah dari berprasangka buruk kerana ianya mendatangkan dosa, seandainya sesuatu berita itu sampai kepada kita, maka hendaklah ianya disemak terlebih dahulu tentang kesahihannya.

d. Janganlah kita mengintip dan mencari kesalahan orang lain. Ingatlah bahawa Islam menyuruh mencegah kemungkaran seiring dengan suruhan melakukan kebaikan. 

...............

Khutbah bukanlah alat politik. Khutbah juga bukanlah alat untuk menghukum pihak masjid yang tak nak mendoakan Sultan.  Khutbah should be fair dan non partisan. Kenapa perlu ditumbangkan aje kerajaan Barisan Nasional ni? Khutbah dah dikawal diorang untuk sampaikan mesej yang diorang nak. Lama kelamaan khutbah akan jadi macam RTM, TV3 dan orang ramai pun malas nak dengar khutbah.

Kalau kita dah malas nak dengar khutbah, apa jadi dengan masyarakat kita? Nik Aziz bagi khutbah ada dia sebut suruh sokong PAS? Kenapa JAKIM pulak yang berebut2 guna khutbah untuk jadi senjata politik? Kenapa biarkan diri dikawal? Kalau ada tekanan menteri suruh masukkan mesej2 yang diorang nak sampaikan, solusi dia senang, suruh pemimpin UMNO sendiri la bagi khutbah.

Tapi jangan la tipu diri sendiri kalau dalam hati ada terasa,"eh..kelakar la pulak kalau dia ni yang bagi khutbah.."

-cursingmalay

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.