`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 22, 2013

AMERIKA DIANCAM CHECHEN, KITA BAGAIMANA?



BAHAYA.....Jika remaja Chechen, Dzokhar, (gambar sisipan) berjaya menimbulkan huru-hara di Boston (Amerika); apatah lagi gabungan Pengganas Kiram III dan Nur Misuari yang tahu setiap inci bumi Sabah dan mempunyai askar yang sedia berkhidmat setiap masa.

Oleh : MUTALIB M.D
MUNGKIN tidak ada pemimpin persekutuan sedar betapa bahayanya menternak PATI sebagai Warganegara atau Pengundi kerana bagaikan meletak telur helang ke sangkar ayam. Sekalipun telur helang menetas, tidak mungkin boleh menjadi anak ayam kerana darah dan sifat helang akan terus mengalir dalam tubuh anak helang sehingga membesar.

Memang tidak semua PATI yang mendapat IC Projek itu jahat, apatah lagi generasi kedua atau ketiga mereka yang sudah beranak pinak sejak 1970-an; terutama yang telah mengalami proses asimilasi dan integrasi.
Namun siapa yang dapat memberi jaminan bahawa mereka tidak mewarisi sifat, sikap, budaya dan pemikiran ibu bapa atau nenek moyang mereka dari negara asal yang terdedah kepada konflik dan keganasan?

Sedangkan sehingga ke hari ini, tidak ada Ahli Sains dunia dapat menjelaskan logika akal bagaimana semua ibu belut terpaksa berenang ratusan ribu batu daripada tempat asal mereka untuk bertelur di Segi Tiga Bermuda (Bermuda Triangle).

Ahli Sains dunia buntu untuk menjelaskan kenapa ibu belut mati sebaik sahaja bertelur dan setelah menetas anak belut kembali ke tempat asal ibu mereka sedangkan tiada siapa yang memberi tahu asal usul ibu mereka dari sungai atau lubuk mana ibu mereka datang.

Logiknya, kita tidak pernah menemui belut Afrika di Sungai Kinabatangan dan atau mana-mana Sungai atau lubuk lain di dunia; melainkan di tempat asal ibu belut berkenaan.

Jika belut yang tidak berakal atau mempunyai ijazah boleh berenang ratusan ribu batu untuk bertelur dan anak belut kembali ke tempat ibu mereka berasal; apatah lagi manusia yang berakal dan tahu bertanya dengan Dr Google?

Menyedari betapa bahayanya PATI yang diberikan kerakyatan songsang, maka saya telah mengorbankan sebahagian hidup saya untuk menyiasat dan mengkaji isu kerakyatan songsang dan menghasilkan empat buah buku tanpa sebarang dana daripada kerajaan atau NGO; sedangkan tugas berkenaan sepatutnya dijalankan oleh Pasukan Keselamatan atau mana-mana universiti atau professor yang "makan ditanggung dan berak di tong."

Saya bukan anti PATI yang mendapat kerakyatan songsang kerana mereka adalah mangsa permainan politik oleh pemimpin yang rakus, kebanyakannya masih hidup dan mampu tersenyum lebar sedangkan hasil daripada kerja kotor mereka ramai perajurit kita terkorban di Tanduo, Tungku dan Sinumul, Semporna.

Kejadian pengeboman di Boston, Amerika yang dicetuskan oleh etnik Chechen sewajarnya memberi pengajaran kepada kita dan membuatkan kita berfikir. Selepas Insiden Tanduo, apakah lagi bala yang bakal menimpa kita?; sekalipun 7 Batalion Tentera menjaga kita sehingga nyamukpun takut mendekati.

Tetapi PATI yang mendapat kerakyatan songsang, terutama tentera upahan Kiram III; Tentera Pakistan dan 'Tiger' dari Tamil Nadu sudah terbudaya oleh perang gerilya, penculikan yang menjadikan senjata api sebagai mercun katak; bagaikan 'Bom Jangka' yang bergerak 24 jam di sekeliling kita tanpa mampu dikesan oleh pihak berkuasa.

Semoga PRU-13 membuatkan kita berfikir apa hala tuju negara kita di ambang campurtangan luar dan pemberontakan dalaman yang mahu menggunakan 'Demokrasi' sebagai 'peluru' yang bakal membunuh atau kita dibunuh tanpa sedar.

Sila baca petikan artikel AP ini untuk renungan;

Remaja Boston keturunan etnik Chechen, Dzhokhar dan abangnya Tamerlan Tsarnaev adalah pemastautin tetap Amerika yang datang ke benua baru itu lebih 10 tahun yang lalu dan diibaratkan sebagai remaja normal yang baik serta aktif oleh mereka yang mengenali mereka.

Dzhokhar, 19, yang berjaya diberkas oleh pasukan keselamatan lewat Jumaat adalah ahli gusti yang popular di sekolah menengahnya dan kini adalah pelajar Universiti Massachusetts.

Dia juga adalah pengguna laman Twitter, yang aktif dan berkomunikasi sepertimana remaja Amerika yang lain. Kawan-kawan dan jiran sebenarnya telah melahirkan rasa terkejut mereka apabila namanya didedahkan oleh pihak berkuasa sebagai salah seorang daripada dua orang yang bertanggungjawab meletupkan bom buatan sendiri di acara maraton antarabangsa Boston yang berlangsung baru-baru ini.

Mereka meletupkan dua butir bom menggunakan periuk masak bermampat tinggi yang diisi dengan bebiji besi, paku dan benda tajam yang lain. Letupan itu telah mengorbankan tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, seorang pelajar universiti dari China dan seorang wanita tempatan.

Lebih 180 orang lagi mangsa mengalami kecederaan termasuk beberapa mangsa yang kehilangan kaki akibat letupan yang kuat itu.

“Dia (Dzhokhar) adalah seorang remaja yang baik, sangat baik dan saya akan kata yang dia tidak berupaya untuk melakukan kekejaman ini. Itu yang akan saya kata mengenainya,” kata Larry Aaronson, seorang jiran kepada stesen televisyen CNN.

Sementara ramai yang mengenali Dzhokhar sebagai seorang remaja yang baik dan terkenal di kalangan rakan-rakannya tetapi tidak ramai yang mengetahui mengenai abangnya, Tamerlan.

Tamerlan terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan yang berjaya menjejaki lokasi mereka dan mengepung mereka pada Jumaat. Pemuda berusia 26 tahun itu adalah pelajar program kejuruteraan dan meminati tinju.

Namun begitu, FBI pernah menyoal siasat Tamerlan pada tahun 2011 atas permintaan sebuah negara asing tetapi tiada apa yang dapat dikaitkan dengannya.

Bapa saudara mereka, Ruslan Tsarni berkata, anak-anak saudaranya itu tiba di Amerika dari Kyrgyzstan pada tahun 2003 dan diberi taraf pelarian politik. (AP)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.