Terbaru, calon BN mengikut budaya ciplak yang dimulakan oleh ketua mereka Najib Razak apabila meniru "tagline" Demi Rakyat yang sekian lama menjadi kempen KEADILAN.
Salah seorang sahabat mengirimkan gambar salah satu banner calon BN di Parlimen 068 Beruas yang tergantung di sebatang tiang lampu secara jelas meniru tagline "Demi Rakyat".

Ini menunjukkan pemimpin dan calon Barisan Nasional ternyata bangkrap idea, tidak mampu menghasil dan mengetengahkan idea-idea baru di dalam kempen mereka. Hanya tahu meniru dan bergaya dengan idea orang lain.
Banyak lagi perkataan boleh digunakan "untuk rakyat", "kerana rakyat", dan lain-lain. Namun calon BN yang bangkrap idea ini memilih untuk meniru tagline Demi Rakyat yang telah lama digunakan sebagai kempen KEADILAN.
- milosuam

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.