`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 24, 2013

BENARKAH BALA TENTERA KIRAM III KEBAL?




KEBAL......Gambar ini dan di bawah adalah gambar sebenar tentera Pengganas Kiram III yang berjaya dibunuh oleh Pasukan Keselamatan kita. Mereka sebenarnya tidak kebal atau mungkin terlanggar pantang larang seperti kisah sebenar di dalam artikel ini.

Oleh : ASBUDI YON
TERSEBAR kisah kononnya Tentera DiRaja Sulu @ Pengganas Kiram III memiliki ilmu kebal sehingga tidak lut senjata. Namun berpuluh mereka mati terkena tembakan dan bom yang dilepaskan oleh Pasukan Keselamatan sehingga tubuh mereka berkecai.

Kisah Pengganas Kiram III ini sinonim dengan kisah Pahlawan Terkenal di Goa, Indonesia suatu masa dahulu kerana kehandalan dan kekebalannya di medan perang.
Banyak sekali musuh yang telahpun ditewaskannya kerana kehandalan beliau bertarung dengan menggunakan badiknya meskipun beberapa kali luka parah dan hampir menemui maut di medan perang diikuti badan yang penuh dengan parut dan bekas luka tikaman memenuhi tubuh pahlawan itu.

Setelah dia berfikir panjang, maka dia telah memutuskan untuk mendapatkan ilmu kebal supaya dia tidak mampan tembakan peluru dan hindar dari kecederaan.

Maka Pahlawan tersebut mendatangi seorang Kiyai/ Ulama terkenal di kampungnya dengan harapan meminta azimat/tangkal ilmu kebal kerana terlalu bergantung kepada badiknya (sejenis senjata) selama ini.

Tetapi Kiyai tersebut menolak dengan berkata, ''Bukankah kamu terkenal dengan kehandalanmu? Jadi buat apa lagi mahu azimat dan tangkal segala? Aku boleh berikan kamu doa sahaja untuk itu jika kamu mahu. Bukankah hanya keyakinan penuh doa dengan Allah Subhana huwata'ala kita bisa melakukan keajaiban?''

Bagaimanapun Pahlawan muda tersebut tetap berkeras juga mahukan tangkal. Alasannya dengan memakai tangkal yang dibuat Kiyai, maka boleh meningkatkan keyakinannya berhadapan dengan serangan musuh di medan tempur; sebagaimana dengan pemakaian badik untuk merobek tubuh musuh dan perisai besi untuk menangkis serangan musuh.

Kata Pahlawan muda, ''Bukanlah saya tidak yakin dengan kuasa Tuhan, tetapi untuk meyakinkan diri saya, (pada Tuhan juga) saya lebih berkeyakinan dengan tangkal yang Kiyai buat. Saya sudah berpuluh mendapatkan kekebalan dengan bantuan Kiyai.''

Dengan permintaan Pahlawan yang tidak kunjung ubah tersebut, maka akhirnya Kiyau pun bersetuju untuk membuatkan tangkal kebal.

''Memandangkan engkau benar-benar mahu, Insyaallah aku akan membuat satu tangkal kebal yang paling hebat kesan kebalnya jika dipakai. Tangkal ini belum pernahku buatkan ke atas sesiapapun kecuali untuk kamu.''

Maka senanglah hati Pahlawam Muda itu mendengarnya. Akhirnya ilmu kekebalan yang didamba-dambakan selama ini, sebentar lagi berada dalam genggamannya.

Pesan Kiyai itu lagi, ''Besok sebelum berangkat perang, silakan kamu singgah sebentar di sini untuk mengambil tangkal kebalmu. Kerana tangkal hebat ini memerlukan masa semalaman untuk membuatnya."

Esoknya, sebelum berangkat ke medan perang, Pahlawan tersebut pun singgah sebentar di rumah Kiyai dan seperti yang dijanjikan, tangkal pun diberikan pada Pahlawan tersebut.

Lalu diikatkannya tangkal tersebut di pinggangnya. Sebelum pemuda tersebut bertolak, maka Kiyai pun memberikan bait dari azimat tersebut seray berkata, ''Bacalah KALIMAT ini untuk mengaktifkan tangkal tersebut.

"Selepas engkau membacanya, maka kau harus terapkan keyakinan terhadap kuasa Tuhanmu dan jangan sekali-kali terhadap tangkalmu kerana boleh membuat engkau menjadi syirik. Inilah syarat mutlaknya!''.

Maka Pahlawan tersebut pun menghafal kalimat yang diberikan sebelum bertolak ke medan perang.
Saat peperangan berlaku, Pahlawan yang berbekalkan tangkal kebal yang diberikan oleh Kiyai dengan mudahnya membunuh semua musuh yang dilihatnya.

Sebarang senjata musuh yang mengenai tubuhnya tidak mendatangkan apa-apa mudarat pun sehingga beliau tidak sedar bahawa rakan seperjuangannya pun turut terbunuh sama akibat libasan badiknya.

Hari demi hari berlalu, beberapa peperangan telahpun diatasinya tanpa masalah. Dia semakin digeruni oleh musuh dan semakin dihormati rakan seperjuangannya.

Maka timbullah penasaran dan rasa waksangka di dalam hatinya, ''Begitu hebat sekali khasiat tangkal kebal yang diberikan oleh Kiyai. Apakah yang ada di dalam tangkal ini?

Pada mulanya Pahlawan Muda tersebut agak keberatan untuk membuka tangkal tersebut, namun kerana gerak hati yang sering memaksa, dibukanya juga azimat tersebut.

Alangkah terperanjatnya Pahlawan itu bahawa tangkal tersebut hanya berisi 'TAHI AYAM' yang telah digumpalkan dan dikeraskan! Pemuda tersebut termenung sejenak, tetapi setelah mengingat kembali apa yang telah dicapainya, maka dibungkusnya kembali tangkal (tahi ayam) tersebut seperti semulanya.

''Arh! tahi pun tahi lah...asalkan aku kebal!''

Esoknya Pahlawan tersebut pergi lagi berperang. Tetapi kali ini dia menghadapi luka parah dan hampir menemui maut. Nampaknya tangkal kebalnya tidak lagi berfungsi seperti biasa. Nasib baik sahaja dia diselamatkan rakan seperjuangannya yang lain.

Hari berganti hari, akhirnya Pahlawan tersebut sembuh kembali dan akhirnya dia pun memutuskan untuk pergi kembali ke rumah Kiyai tersebut?

Sesampainya di rumah Kiyai, Pahlawan Muda pun agak marah sedikit sambil melontarkan kata-kata, ''Tok Kiyai, mengapa hanya tahi ayam yang kau berikan kepadaku selama ini?''

Mendengar kenyataan Pahlawan Muda tersebut, maka Kiyai pun ketawa sejenak dan berkata; ''Janganlah tanya padaku mengapa, tetapi tanyakanlah pada dirimu tempoh hari yang lepas-lepas; Bukankah engkau telah mendapat kekebalan sebelum engkau buka tangkal itu?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.