`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 22, 2013

Bilik gerakan PKR Ampangan lumpuh dan ditutup


Mereka membantah Datuk Kamarul Baharin Abbas bertanding di DUN tersebut.
PETALING JAYA: Bilik Gerakan PKR kerusi Ampangan di Negeri Sembilan lumpuh dan ditutup dipercayai membantah pencalonan Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas bertanding di DUN tersebut.
Bendera-bendera PKR juga diturunkan dan tidak ada aktiviti dijalankan di kawasan berkenaan.
“Bilik Gerakan PKR Kampung Dusun Nyior, Kampung Jiboi, malah markas utama PKR DUN Ampangan di Taman Bukti juga ditutup,” kata sumber.
Tinjauan FMT di laman sosial seperti facebook dan blog mendapati Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek merupakan calon yang lebih popular di DUN Ampangan hatta berbanding calon BN Abu Ubaidah Redza atau Kamarul Baharin sendiri.
Ada blog Umno yang meramalkan calon BN bakal menang mudah bertanding dengan Kamarul Baharin. Mereka menyindir Kamarul Baharin dengan mengucapkan terima kasih kerana tidak menurunkan Mohamad Rafie.
Sejak Adun Ampangan, Rashid Latiff jatuh sakit kerana masalah sakit jantung, tugas  digalas oleh Mohamad Rafie sejak empat tahun lepas.
Orang Umno sendiri mengaku jika Mohamad Rafie yang bertanding, Umno boleh ucap selamat tinggal kepada kerusi DUN Ampangan.
Orang Umno terkejut
Tetapi orang Umno sendiri terkejut apabila tiba-tiba Kamarul Baharin pula yang bertanding di DUN Ampangan.
Jika Pakatan Rakyat Negeri Sembilan gagal mengambil alih Negeri Sembilan berpunca daripada kekalahan teruk PKR, orang yang harus mengambil tanggungjawab ini ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Parti (JPRP) PKR, Azmin Ali.
Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sudah mula mempertikaikan kredibiliti Anwar kerana ‘menikus’ bila berhadapan dengan Azmin dan Kamarul Baharin.
Kamarul Baharin, kata sumber itu  ditolak secara terbuka oleh AMK Telok Kemang sendiri.
“Bayangkan orang yang berhempas pulas bekerja selama empat tahun mengunakan wang ringgit sendiri dan sudah rapat dengan rakyat Ampangan, dibuang begitu sahaja dan digantikan dengan seorang yang mempunyai rekod di Telok Kemang.
“Inikah keadilan yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin PKR,” kata sumber itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.