`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 21, 2013

CALOB BEBAS YAKIN MAMPU BUAT KEJUTAN




SOKONG....Sahar menjelaskan mengenai tindakannya bertanding bebas menentang calon BN di kawasan Parlimen Libaran atas desakan para penyokongnya yang mahukan transformasi sebenar.

OLEH: SHAIMON S JUMADI Foto : MIMIE AZZARYA HAMZAH
LIBARAN : Barisan Nasional (BN) yang meletakan calonnya iaitu Datuk Hj Juslie Ajirol penyandang kerusi Parlimen Libaran selama tiga penggal berturut-turut tidak pernah tumbang; tetapi kini beliauditentang dari tiga penjuru iaitu Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Mohd Shernan Hassnar Ibarahim; STAR yang meletakkan Rosnah Unsari dan Bebas ditandingi Sahar Saka sebagai pertaruhan dan penentu kerusi Parlimen Libaran bukan lagi milik mutlak BN pada 5 Mei 2013 ini.

Calon bebas yang menggunakan lambang Padi iaitu Sahar Saka akan berdepan dengan Juslie telah mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada ahli-ahli UMNO sendiri di kawasan itu; bahkan mendapat respon daripada rakan-rakan daripada pembangkang seperti PAS, PKR, Star termasuk para penyokong politik atas pagar.
Dalam temubual eksklusif Sahar Saka dengan Sabahkini.Net sejurus selepas kembalinya daripada penamaan calon yang dilangsungkan Dewan Seri Libaran dekat sini pagi kelmarin; Sahar antara lain menjelaskan tujuan beliau bertanding atas tiket bebas sama sekali tidak berniat untuk menentang dasar-dasar kerajaan BN atau UMNO atau Datuk Juslie Ajirol; sebaliknya hanya mahu menguji kekuatan pengaruhnya di Libaran.

Oleh kerana sudah tiga kali dan kali ini adalah kali yang keempat ini beliau melobi calon Libaran tetapi pucuk pimpinan BN langsung tidak memberikan ruang dan peluang kepadanya membuktikan kebolehan sebagai Wakil Rakyat.

“Kecewaan yang saya tanggung selama 20 tahun yang tidak pernah mendapat layanan daripada pucuk pimpinan BN turut dirasai 75 peratus para penyokong BN; khasnya para penyokong UMNO di kawasan Libaran kerana mereka terlalu mengharapkan saya diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi calon Parlimen kawasan Libaran. Kalau tahun 2004 dan 2008 saya gagal, mungkin tahun 2013 ini berjaya tetapi nampaknya saya gagal lagi,” tegasnya.

Kata Sahar, beliau bukanlah 'Anti' Juslie kerana sejak 2004 Juslie telah menunjukkan ketokohannya sebagai ahli politik, terutama memastikan Libaran tidak tersisih daripada arus pembangunan perdana negara.

"Jika ditakdirkan saya memperoleh kejayaan dan menang pada PRU 13, maka saya akan meneruskanmisi dan visi untuk membela rakyat dengan lebih pesat agar tidak aga pihak yang terpinggir," ujar Sahar yang tidak menyesal membuat keputusan drastik berkenaan.

“Sebagai seorang Ahli UMNO yang bertanding atas tiket bebas, saya sedar impaknya memang berat kerana telah melanggar disiplin parti. Tetapi inilah hakikat yang terpaksa saya terima demi untuk memperjuangkan aspirasi para penyokong saya selama ini," kata Sahar yang menghargai sokongan padu para pejuang politik di Sabah.

Dalam pada itu Sahar mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyokong sama ada daripada kalangan ahli UMNO; mahupun pembangkang yang begitu bersemangat membantu beliau bagi memastikan kerusi Parlimen Libaran menjadi milik Bebas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.