`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 26, 2013

Calon Bebas Pengerang didakwa pukul pelajar


Muhmad Nizam Mohd Nor membuat laporan polis pada 18 Mac lalu kerana mendakwa Mohd Azaman Johari memukul anak tirinya.
PETALING JAYA: Calon Bebas parlimen Pengerang, Mohd Azaman Johari didakwa gagal  menunaikan janji bagi menyelesaikan kes beliau memukul seorang pelajar Sekolah Menengah Felda Adela, Kota Tinggi tempat beliau mengajar.
Bapa tiri kepada pelajar tersebut, Muhmad Nizam Mohd Nor  telah membuat laporan polis pada 18 Mac lalu.
Dalam aduannya, Muhmad Nizam mendakwa Mohd Azaman memukul anak tirinya kerana gagal membawa baju kadet ke sekolah.
“Sehingga ini Mohd Azaman belum menunaikan janji iatu memberi bantuan buku persekolahan kepada anak tiri saya itu.
“Mohd  Azaman juga belum datang meminta maaf kepada isteri saya walaupun beliau berjanji berbuat demikian secepat mungkin.
“Kepada saya beliau tidak boleh tunai janji, bagaimana dengan orang lain di Pengerang?
“Macam mana hendak menjadi calon (wakil rakyat) Pengerang,” tanya Muhmad Nizam lagi ketika dihubungi hari ini.
Parlimen Pengerang menyaksikan saingan tiga penjuru antara Datuk Seri Azalina Othman Said (BN), penyanyi Dayang Ku Intan (PKR) dan Azaman.
Usaha-usaha sedang dibuat untuk menghubungi Mohd Azaman bagi mendapatkan ulasan mengenai isu tersebut.
Parlimen Pengerang menyaksikan saingan tiga penjuru antara Datuk Seri Azalina Othman Said (BN), penyanyi Dayang Ku Intan (PKR) dan Mohd Azaman.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.