`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 15, 2013

Calon muka baharu BN 33% Parlimen, 49% DUN


Ia bagi memenuhi kehendak dan harapan pengundi yang mahu melihat BN dan Umno bersedia melakukan perubahan.
KUALA LUMPUR:  Barisan Nasional (BN) membariskan 33 peratus atau kira-kira sepertiga muka baharu bagi calon kerusi parlimen dan 49 peratus atau hampir separuh bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.
Perdana menteri merangkap pengerusi BN itu berkata ia bagi memenuhi kehendak dan harapan pengundi yang mahu melihat BN dan Umno bersedia melakukan perubahan.
Katanya wakil rakyat BN sedia ada yang berpengalaman juga turut dibariskan.
“Ini kerana imbangan antara muka baharu dan mereka yang berpengalaman amat penting sebab kita (BN) bukan sahaja perlu menampilkan pembaharuan, tetapi sebagai sebuah parti, dengan mandat baharu kelak, perlu mempunyai mereka yang mampu mentadbir dan ‘deliver” (melaksanakan) untuk rakyat.
“Kalau mereka yang menduduki kerajaan semuanya muka baharu dan tidak ada pengalaman langsung, ia akan membantutkan kemampuan kerajaan BN untuk penuhi harapan dan kehendak rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat watikah Pencalonan dan Aku janji BN kepada presiden-presiden parti komponen dan pengerusi-pengerusi perhubungan BN negeri di sini.
Najib menarik perhatian 91 peratus calon BN untuk kerusi parlimen memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma.
Beliau turut berkata 31 peratus calon parlimen BN itu terdiri daripada  profesional termasuk ahli akademik, doktor, peguam dan golongan ulama.
“Selain itu, ada juga calon merupakan individu yang popular di peringkat akar umbi, tumpuan ialah kepada keupayaan mereka untuk menjadi pemimpin akar umbi,” katanya.
Sambil memberitahu bahawa senarai calon turut diimbangi dengan penyertaan kaum wanita dan belia, Najib berkata kebanyakan muka baharu dibariskan untuk bertanding di negeri-negeri dikuasai pembangkang.
Menamakan barisan calon itu sebagai “Transformation Team for BN,” (pasukan transfomasi BN) Najib yakin ia merupakan pasukan yang terkuat dan mampu memenuhi Aku Janji BN dan memacu pelan tranformasi yang dirancang kerajaan.
“Saya harap penilaian barisan ini dilihat dalam konteks menyeluruh iaitu bukan sahaja mereka yang bertanding, tetapi kemampuan dalam konteks menubuhkan kerajaan yang ampuh, kuat dan mampu untuk memenuhi kehendak dan harapan rakyat pada masa akan datang.
“Kita tidak hanya boleh melihat pada pilihan raya ini tetapi harus melihat selepas ini apa kesudahannya, kerana itu kita mesti mempunyai barisan yang mampu melaksanakan segala Aku Janji BN,” katanya, merujuk kepada manifesto pilihan raya BN merangkumi 17 perkara demi kesejahteraan rakyat, yang dilancarkan baru-baru ini.
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.