`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 25, 2013

[DEDAH] Macamana Najib tranformasikan KWSP jadi BRIM..???


BRIM: Sebuah Adegan Yg Paling Aku Takuti

Waktu tengah duk buat e-filing income tax yang due hujung bulan ini dua tiga malam lepas, saya terperasan sesuatu – pasal duit EPF.

Biasalah, bila nak isi borang income tax, antara maklumat yang perlu dimaklumkan ialah jumlah potongan EPF/KWSP untuk tahun berkenaan. Memang, pihak syarikat ada menyediakan statement yang berkaitan, tetapi nak bagi puas hati saya counter-check dengan penyata rasmi yang diterima daripada pihak KWSP melalui pos dua bulan yang lepas.

Bila saya lihat penyata EPF saya ini, saya rasa sedikit teruja, walau pun jumlahnya belum sampai sejuta, tapi Alhamdulillah dah melangkaui setengah juta (RM500 ribu lebih), kira setengah-jutawanlah saya ini, ha ha ha.

Masalahnya, angka RM500,000 lebih ini hanyalah sebuah angka, hanyalah sebuah figura yang tercatat di atas sehelai kertas yang bernama PENYATA KWSP. Walaupun penama itu adalah diri saya, tapi duit itu buat masa ini adalah hak KWSP. Boleh tengok dan boleh tayang kat merata internet, tapi tak boleh sentuh.

Sesekali, meleleh air liur juga tengok angka ini, tapi setakat meleleh air liur saja, tak boleh buat apa – ibaratkan ada makanan lazat di depan mata, tapi tidak dibenarkan menyentuh atau pun merasa makananan tersebut, macam itulah lebih kurang analoginya.

Hari itu, ada sahabat nasihat saya suruh bawa keluar, melabur kat skim insuran/public mutual/trust fund dan yang satu waktu dengannya. Saya tak berani nak bawa keluar sebab saya tak berapa yakin dengan pelaburan-pelaburan ini. Mungkin sebab perit pernah kena tipu dengan Skim Pelaburan PLSB apa ke nama tu, sampai habis beribu-ribu hilang melayang begitu saja – di zaman Muhyidin Yasin jadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri ke apa dulu. Sejak itu, saya serik nak melabur dah; tak yakin dan tak konfiden. Lebih baik letak dalam EPF – LAGI SELAMAT!!

Itulah tanggapan saya,sehinggalah saya pi dengar ceramah PRU malam tadi, tak jauh dari rumah saya ini.
Saya dengar Penceramah itu kata:

“Tuan-tuan dan puan-puan, tahu kah tuan/puan bahawa duit BRIM yang depa duk brainwash orang-orang kampung kata itu duit Datuk Najib, Duit UMNO, SEBENARnya sebagiannya adalah duit yang kerajaan pinjam dari Simpanan EPF tuan/puan, simpanan EPF anak-anak tuan/puan, simpanan EPF menantu tuan/puan, yang sepatutnya disimpan untuk masa depan mereka, bukannya diberi pinjam ikut suka”

Tahukah tuan/puan, berapa jumlah duit yang kerajaan UMNO/BN ini pinjam dari EPF?

“RM144.5 BILLION!!” – Seratus Empat Puluh Empat point Lima Billion Ringgit.

Tu dia haih – NALA PUNYA BANYAK!!!

Saya balik search Internet nak confirm, memang betoi pun seperti dalam keratan berita di bawah:
(Jawapan bertulis dalam sidang Parlimen – RM144.5 Billion)

Saya jadi terkedu bila Penceramah itu tanya:

“RM144.5 Billion tuan/puan, MAMPUkah kerajaan UMNO/BN bayar semula hutang-hutang itu nanti sedangkan sekarang ini pun jumlah hutang kerajaan sudah melebihi RM500 Billion?”

Macam tu kalu, duit aku yang RM500,000 lebih itu macam mana?

Boleh tahan sampai umur pencen ka?

Saya duk risau kot-kot kalau bila sampai time saya nak keluarkan duit EPF saya itu nanti, tiba-tiba tengok dalam akaun, duit RM500,000 lebih itu cuma tinggal RM500 saja.

Bila saya tanya kat pegawai berkenaan, macam mana boleh jadi macam itu, nanti pegawai itu cakap:

“Habis kat BRIM encik – yang RM500 ini kira encik punya BRIM lah!!”

Mampuih!!

Sekian, kisah BRIM: Sebuah Adegan Yang Paling Aku Takuti.

-kedahlanie

1 comment:

  1. salam.. saya maklong.. sekadar nak tahu.. pernah tak kita dengar ada orang mengadu bila nak keluarkan duit epf kita tu tak boleh keluarkan ..? maksud maklong setelah umur sesaorang itu 50 tahun atau 55 tahun atau untuk urusan2 lain yg epf benarkan pencarum mengeluarkan wang caruman tersebut..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.