`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 26, 2013

Dr. Asri kini sudah jadi anjing UMNO


(Free Malaysiakini) - SELEPAS Dr. Juanda Jaya, seorang lagi pengikut Wahabbi yang terang-terangan menjadi perkakas politik UMNO ialah Datuk Dr. Asri Zainul Abidin (MAZA).  Kelibat Asri sekarang boleh dilihat disetiap ceramah-ceramah UMNO yang diadakan hampir setiap malam di beberapa kawasan.
Terutama di sekitar Selangor dan Putrajaya.
Asri yang dulunya begitu pandai berlakon seolah-olah menjadi penyokong Pakatan Rakyat, termasuk pada satu ketika pernah mengecam secara terbuka isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam isu barang kemas, kini seolah-olah bertukar badan dengan orang lain, orang UMNO.
Entah kemana hilang semangat reformasi yang begitu kuat dalam dirinya dulu, entahlah, kita sendiri pun tidak pasti.  Yang nyata, Asri kini bukan Asri yang dulu, dia sudah jadi totok UMNO.
Perubahan ketara pada Asri sekarang ini menyokong pendapat kami bahawa golongan ulama Islam di negara ini adalah jenis yang pandai berpura-pura dan mereka-reka cerita.  Sekejap boleh jadi penyokong reformasi yang tegar, sekejap itu juga mereka boleh berubah menjadi penyokong transformasi yang tidak kurang hebatnya.
Ironinya, kedua-dua mereka (Juanda dan Maza) sedang/pernah menjadi Mufti negeri Perlis dan pernah juga dikaitkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Arau dan DUN Penanti (Pulau Pinang).  Tapi atas sebab tertentu, nama kedua mereka digugurkan di saat akhir dan tidak hairanlah kenapa mereka kini berpaling pada UMNO sebagai tempat bergantung yang baru.
Memang banyak yang tidak kena dengan ulama dari Perlis sekarang ini.  Baru-baru ini juga, seorang ulama dari Perlis, Dr. Haron Din tiba-tiba membuat kejutan bodoh apabila mengumumkan Pakatan Rakyat akan melaksanakan hudud jika berjaya menguasai kerajaan persekutuan.
Dengan itu laman ini meminta agar semua penyokong Pakatan Rakyat lebih berhati-hati bila salah seorang dari 2 orang ini berceramah ditempat masing-masing.  Takut ada yang  tersilap ingat mereka datang untuk bercakap tentang Islam!!  Sekarang ini mereka sudah jadi anjing politik UMNO, agama sudah jadi perkara nombor 2 bagi mereka.
Politik dan wang itulah yang lebih utama.  Kalau boleh tambah satu lagi, sakit hati sebab tidak dapat jadi calon.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.