`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 15, 2013

Enough is enough ! sudah cukuplah 55 tahun BN memerintah!


Pada suatu hari,seorang kawan telah bertanya kepada saya,

“Hey bro, apa macam dengan negara kita?ape pendapat kau 

tentang Malaysia sekarang ni?tak risau ke dengan keadaan skrg ni? ada dengar report PM Najib tentang pencapaian kerajaan BN selama 5 tahun ni?

Jawapan saya kepada dia adalah,

“Tak lah…aku dah dapat agak apa yang bakal PM Najib report tentang pencapaian Malaysia sejak 5 tahun lepas…ye lah dengan GTP,ETP dan NKRA dia tu…aku dah buat kajian sejak 5 tahun lepas lagi”

Iya betul,masa saya tengok berita waktu pagi, media melaporkan yang semua NKRA berjaya dicapai dengan cemerlang oleh kerajaan BN. Indeks Jenayah telah menurun, pendapatan seisi rumah telah meningkat, rasuah dan korupsi berjaya ditangani.


Saya berasa ada sesuatu yang tak kena pada laporan Najib pada kali ni. Sebab nya mudah…saya hanya rakyat Malaysia biasa…kalau ikut logic secara mudah la kan, 


KALAU la INDEKS JENAYAH telah menurun, kenapa masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang memasang pelbagai system keselamatan di rumah mereka? Alarm system,security system…dan majority mereka yang duduk di taman perumahan,akan berpakat sesama mereka untuk memasang pagar di sekeliling kawasan perumahan dan mengupah beberapa warga asing untuk menjadi pengawal keselamatan…dan setiap rumah dalam kawasan jagaan tersebut terpaksa membayar RM50-80.

Apabila rakyat marhaen melintasi jalan yang sunyi keseorangan pada waktu malam…atau jalan terbiar…atau jalan yang gelap…kadang2 tu mesti ada rasa takut …yela takut tiba2 ada pencuri yg bersembunyi di sebalik tong sampah atau timbunan sampah sarap,perogol,penyamun…macam2 lagi la..

Kemudian dengan kes penculikan kanak2…dah banyak berlaku di Malaysia…kite sebagai ibu bapa kadang2 takut nak biarkan anak main sorang2 kat playground…tak boleh lalai walau beberapa minit…takut anak kena culik sebab dah selalu terbaca di akhbar tentang kes penculikan akibat ibu bapa yang lalai menjaga anak mereka..

Bagi wanita pulak,sentiasa rasa tak selamat apabila berjalan berseorangan pada waktu malam…

Atau semasa kita sedang berada di persimpangan lampu isyarat…kadang2 rasa tak selamat sebab banyak berlaku kes pecah tingkap dan curi barang2 seperti laptop,handphones dan handbag yang diletakkan pada kerusi bersebelahan pemandu.

Dan berapa ramai di antara kita yang takut untuk biarkan pintu pagar atau pintu rumah terdedah tanpa ditutup, walau seminit?

sebab kadang2 tu kita takut kalau biar terdedah,nanti tiba2 ada orang pecah masuk dengan parang..naya aje…

Saya tahu ramai kawan2 saya yang sering mengadu bahawa kehadiran pendatang asing dari Afrika selalu menimbulkan masalah…kalau diikutkan lah,berapa ramai antara mat2 hitam ni yang datang Malaysia sebab betul2 nak belajar? Boleh kira pakai jari kot…

okay masuk topic “report polis”…dah berapa banyak “report polis” yang dilaporkan, betul2 diambil serius oleh pihak polis?
dah bertimbun2 report dibuat…tetap tak selesai masalah.




Sepatutnya kerajaan BN mewujudkan Laporan Indeks Jenayah yang mengambil kira berapa peratus “police report” yang berjaya diselesaikan. Dengan cara sebegitu,baru lah keyakinan rakyat terhadap pihak PDRM akan bertambah…sebab mereka yakin polis akan mengambil berat tentang “police report” dan sangat professional dalam mengendalikan masalah aduan rakyat. Dan rakyat juga berharap polis dapat bertindak pantas…jika boleh,menangkap perompak/penyamun pada keesokan harinya….perkara ini tidak mustahil dengan bantuan polis Special branch, kerana UMUM tahu keupayaan Special Branch dalam menangani jenayah…


Berkenaan tragedy di Lahad Datu, tanyalah mana2 orang Sabah,adakah mereka berasa selamat lagi? Ye la sebelum ni 300 pengganas (tentera Sultan Sulu) bersenjata berjaya menyusup masuk tanpa berjaya dikesan oleh risikan tentera? Di mana kekuatan risikan tentera laut,tentera darat seperti yang diwar-warkan selama ini? [rujuk artika ini MKN majlis keselamatan Negara dipergunakan umno untuk dijadikan Majlis Keselamatan Umno]


Dalam suasana politik Negara sekarang ni, polis Special Branch disalahgunakan…bukan untuk menangkap penjenayah,tetapi tugas mereka disalahgunakan oleh kerajaan, untuk menyelidik dan mengekori musuh2 politik mereka…
Dan kita dapat lihat semasa perhimpunan BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 , anggota polis dari seluruh Malaysia dikerah secara beramai2 semata2 mahu menghalang perhimpunan aman Bersih..jika anggota2 polis dikerah secara beramai2 untuk menangkap penjenayah di seluruh Negara,kan lebih bagus…daripada sibuk nak tangkap rakyat yang hanya mahu berhimpun secara aman..

Berkenaan pendapatan seisi rumah..PM Najib membandingkan GNI per capital pada tahun 2012 (USD 9,970) dengan angka2 pada tahun 1957 di mana GNI per capital pada ketika itu adalah USD 257.
Secara luarannya, angka ini Nampak GAH dan GEMPAK!, kononnya berjaya meningkatkan pendapatan Negara berkali2 ganda
Tapi kalau kita buat kiraan selanjutnya, kenapa PM Najib tidak membandingkan pendapatan per kapita 2012,dengan tahun 1857? Hasil kiraan pasti akan lebih GEMPAK dan GAH..tetapi tidak logic untuk membandingkan zaman 2012 dengan zaman 1857..banyak factor lain perlu diambil kira.

Okay, point pertama, kenapa PM Najib membandingkan tahun 2012 dengan tahun 1957?. P
ada tahun 1957, Negara baru mencapai kemerdekaan. Pembangunan masih belum pesat…tanah rezab Melayu pada masa tu terlalu banyak..masih belum terhakis seperti zaman sekarang ni. Kebanyakan rakyat bergantung kepada pertanian dan penternakan. Dan banyak hasil Negara dikaut oleh United Kingdom, dan ia menyebabkan pembangunan Negara agak terbantut…jadi bagi saya,tidak logic dan tidak munasabah untuk membandingkan angka pendapatan per kapita 2012 dengan tahun 1957…sangat tidak munasabah.



Okay point kedua, GNI per capita adalah ukuran untuk sesebuah Negara,dan ianya tidak sesuai untuk menggambarkan pendapatan purata bagi seisi rumah atau individu di Malaysia..

GNI per capita adalah ukuran untuk menggambarkan hasil kekayaan sesebuah Negara yang mengandungi populasi tertentu…dan GNI per capital tersebut akan dibandingkan dengan negara2 lain.Sebagai contoh, PM Najib sepatutnya membandingkan GNI per capital dengan Singapura.Saya sangat berharap PM Najib dan BN khususnya dapat angkat kaki dari Putrajaya secara terhormat.

Jika kita mahu membawa Negara kita ke arah yang lebih baik,kita seharusnya mengambil contoh dari negara2 maju…dan tidak usah lah terus membandingkan pencapaian kita pada tahun 2012 ini,dengan tahun2 yang lepas…sangat tidak relevan.


Malaysia ni sebenarnya kaya dengan sumber asli berbanding Singapore yang tiada sumber asli pon.
Macam mana Negara Singapore yang tiada sumber asli itu boleh menunjukkan prestasi GNI per capital yang lebih GAH dan GEMPAK dari Malaysia?

Bagi yang tidak tahu,mari saya terangkan dengan lebih lanjut.. GNI per kapita tidak boleh digunakan untuk menggambarkan situasi rakyat bawahan dan kelas pertengahan. Okay contoh ye, “Encik T mempunyai bisnes balak di Sarawak,dan telah mendapat untung berjuta2 hanye dalam masa setahun. Okay,mungkin melalui keuntungan berjuta2 oleh Encik T itu,akan memberi kesan pada GNI per kapita…akan tetapi keuntungan tersebut tidak digunakan untuk membantu rakyat bawahan…hanya untung untuk Encik T dan sekeluarga sahaja..


Itu pasal la bagi saya, GNI per kapita bagi sesebuah Negara,tidak boleh digunakan untuk menggambarkan kekayaan setiap rakyat.

Saya selalu tertanya-tanya, PM Najib selalu pung-pang cakap pasal hapuskan rasuah semasa melancarkan manifesto…walhal Encik T berdiri rapat dengan beliau…kenapa PM Najib masih tidak ambil tindakan terhadap Encik T dan keluarga?tak guna cakap berdegar2…

Okay ye, masa tu PM Najib mengatakan bahawa pendapatan seisi rumah telah meningkat dari RM4,025 (2009) kepada RM 5,000 (2012). Ini Cuma statistic yang dikeluarkan oleh kerajaan BN, tiada memberi apa2 kesan kepada rakyat biasa yang hidup susah..

kerajaan selalu berkata bahawa kadar inflasi masih rendah…walhal sebenarnya, inflasi sekarang ni sudah menaik..yang merasa peritnya inflasi ini adalah rakyat marhaen yang terpaksa kais pagi makan pagi,kais petang makan petang…dan ini jugak adalah factor kadar jenayah semakin meningkat…

Najib patut memandang kepada nasib rakyat bawahan…cuba fikirkan…kenapa 22.2 peratus dari jumlah rakyat Malaysia adalah LAYAK untuk menerima BR1M 2.0…..dan kesemua mereka ,mempunyai pendapatan seisi rumah bawah rm3,000 SAHAJA.


Cuba Tanya pak polisi dan pak askar sekalian…yang baru2 ini telah menerima kenaikan gaji…adakah dengan kadar pendapatan seisi rumah RM3,000 cukup untuk menyara keluarga? Walhal polis dan tentera di Singapore mendapat pendapatan yang lebih baik….


Berbillion-billion ringgit yang diberi melalui BR1M kebanyakannya akan dibelanjakan untuk makanan,rokok,shisa…dan masih terdapat beribu-ribu rakyat miskin yang masih menerima bantuan dari pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat dek kerana kemiskinan dan kefakiran. 


Secara jujurnya,PM Najib masih tak sedar yang idea beliau untuk memberi bantuan secara ONE-OFF ni tidak menyelesaikan masalah harga barang naik dan kos kehidupan yang semakin tinggi.

PM Najib mengatakan bahawa kadar rasuah telah menurun….tetapi yang sebenarnya ENCIK PM Najib, rakyat secara majoritinya menganggap bahawa kadar rasuah telah meningkat.

Tak usah la tengok pada data-data dan statistic tu…..apa kata Tanya aja rakyat2 marhaen yang hidup dalam kelas pertengahan, apa pendapat mereka berkenaan kadar rasuah di Negara ini?

Pada pendapat saya la, sejak zaman Tun Mahathir memerintah lagi,budaya rasuah sudah menyusup masuk dalam system kerajaan….baik di peringkat atasan mahupun di peringkat bawahan…semuanya korup…

Cuba Tanya diri kamu sendiri, “pernah kah pihak Majlis Perbandaran menyerbu gerai2 haram atau kedai2 yang tidak menepati piawaian, kemudian meminta wang sogokan untuk menyelesaikan masalah pada kadar segera?

“kenapa kita selalu Nampak polis2 kenakan sekatan jalan raya dan saman –menyaman…walhal pada ketika itu,mereka boleh gunakan masa2 mereka untuk menyiasat laporan polis dan menangkap penjenayah?” 

Laporan “report card” PM Najib hanya lah sekadar untuk Nampak GAH semata-mata,tanpa mengambil kira isu rasuah yang melibatkan dirinya sendiri,dan isterinya Rosmah Mansur.

Kami sebagai rakyat mahu tahu, siapa yang menuntut USD 1 billion daripada syarikat yang menjual kapal selam Scorpene, semasa zaman Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan?

Kami juga mahu tahu siapa yang arahkan 2 pegawai khas Najib membunuh Altantuya Shariibuu, dan apakah sebab nya mangsa menuntut sejumlah wang dari Razak Baginda? Pendedahan demi pendedahan oleh mendiang PI Bala dan Deepak,telah mengejutkan ramai pihak,kerana ianya melibatkan wang rakyat yang sangat banyak.


Akan tetapi sampai sekarang,PM Najib masih tidak menjawab persoalan dan pertuduhan yang dihadapi oleh beliau dan isteri.

Skandal lembu NFC, yang baru2 ini telah naik kerana kes perbicaraan di mahkamah, ianya adalah masalah besar yang menyebabkan rakyat tertanya-tanya sama ada kerajaan betul2 komited untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi?
DANA NFC tersebut digunakan bukan untuk menternak lembu,tetapi membeli condominium mewah.

Di German, Negara industry besar,dengan populasi sebanyak 81.7juta penduduk, berbanding Malaysia yang memiliki populasi 27 juta, berjaya menghasilkan makanan mereka sendiri tanpa perlu import dari luar….berbanding Malaysia yang terpaksa mengimport hampir separuh dari kadar makanan yang diperlukan Negara.


Baru-baru ini,Negara kecoh dengan pendedahan video dari Global Witness yang menunjukkan salah laku kuasa di Sarawak. Apa yang kerajaan lakukan terhadap pendedahan video ini? Bagaimana dengan SPRM?Nampaknya Taib Mahmud ditakuti SPRM.


Saya tahu yang bekas ketua SPRM telah meminta maaf kepada Khalid Ibrahim(menteri besar Selangor) atas pertuduhan rasuah yang tidak benar.mereka menyelesaikan isu ini di luar mahkamah..isu ni telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia,tetapi PM Najib gagal untuk menyebut tentang perkara ini di hadapan public. 


Tiada rakyat Malaysia yang akan percaya terhadap keikhlasan PM Najib untuk membasmi rasuah selagi system keadilan tidak dibebaskan dan masih dibelenggu cengkaman dari penguasa.

Berdasarkan arus perubahan dan suasana politik Negara pada ketika ini, PM Najib dan keseluruhan politician dari Barisan Nasional seharusnya bersedia untuk meninggalkan Putrajaya…

Sudah cukup la 4 tahun diberi mandate kepada PM najib..dan 55 tahun mandate diberi kepada Barisan Nasional…enough is enough.

Selama ini rakyat Nampak kerajaan Barisan Nasional hanya mementingkan kroni2 mereka,sejak zaman Tun Mahathir lagi…dan rakyat dapat saksikan bagaimana kerajaan BN mengendalikan perhimpunan AMAN BERSIH 3.0, secara KASAR…sama sekali tidak dapat diterima rakyat…..rakyat juga berasa muak apabila kerajaan dengan sewenang2nya membelanja RM3juta untuk konsert Kpop dan PSY….walhal ramai antara rakyat bawahan yang susah nak dapat wang RM1juta jika bekerja sampai tua sekalipon…

Artikal ini diambil dari sumber email kepada Najib dan telah diterjemahkan oleh Aku Sahaja.

- King of Goblok

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.