`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 2, 2013

Golongan "Rakyat Didahulukan" Tidak Perlu Sistem Keselamatan Kereta Yang Baik, Kerana Ajal Maut Di Tangan Tuhan


Ada sesape yang percaya dengan berita Najib bagi airbag percuma semalam? Ramai sebenarnya. Tapi aku malas nak paste kat sini. Yang aku tak tahan, penyokong UMNO pun ada. Siap bersyukur dengan Najib. Apa kejadahnya bersyukur dengan Najib?

Mintak maaf la aku mereka-reka cerita camtu. Selalunya aku tulis dengan niat, niat aku selalunya baik tapi kalau korang tak boleh paham apa aku cuba tulis, seperti yang selalu terjadi, mari aku terangkan apa benda yang aku tulis semalam dengan terperinci. 

Kenapa aku tulis cerita2 camtu? Itu adalah harapan aku. Aku berharap agar Kerajaan sekarang bagi airbag percuma dekat semua kereta. Bukan sebab gula-gula pilihanraya tapi sebab kerajaan patut tanggung kalau ada yang mati atas jalan raya kerana air bag dia tak ada.

Kau mesti tanya aku, "kenapa kerajaan pulak perlu tanggung? Salah dia lah bawak kereta macam cilaka!"

Kau ingat semua eksiden jadi sebab emosi orang yang tak sabar ke? Aku cakap kerajaan patut tanggung kesalahan kerana kita sebenarnya mampu pakai kereta yang safety dia lebih baik. Kita sebenarnya mampu. Benda ni bukannya effect penyokong Pakatan aje..orang UMNO pun sama bang.

Tapi kenapa kita jadi tak mampu? Cukai.
Cukai yang menggila!

Kalau kau tanya mana2 bapak, even yang pangkat menteri sekalipun, nak ke tak beli kereta yang safety dia bagus? Semua jawab nak. Cuba tanya menteri kenapa rakyat2 dicukaikan melampau? Sebab kerajaan perlu ada modal. Tapi menteri mampu la beli kereta yang safety bagus. Petani? Nelayan? Penoreh getah yang ambik upah toreh getah orang lain?

Cuba tanya menteri, kenapa rakyat terbeban dengan cukai yang tinggi tapi kalau nak safety yang bagus kita kena top up duit sendiri? Tanya la.

Kenapa kerajaan tak nak tanggung cost installation safety features tu? Kenapa Kerajaan tak nak kurangkan sikit duit cukai yang dikutip tiap2 kenderaan untuk pastikan safety equipment kenderaan tersebut lebih baik? Kata rakyat didahulukan. Pura-pura la kot sebenarnya slogan tu sebab dasar cukai sekarang, orang yang mampu aje dapat good safety features, orang yang tak mampu pakai kereta yang "asal ada kereta." Barebone. Basic. Kena langgar dengan motor pun ada risiko boleh mati. 

Padahal sebenarnya, kita semua deserve better sebab kita sebenarnya mampu afford better. Ini bukannya pasal hal nak pakai kereta lagi mewah. Ayat orang2 UMNO nak justify cukai ni selalunya berbunyi, "pencacai Anwar ni diorang nak cukai turun sebab nak kereta BMW murah."

Bodoh orang2 camni. Ketuk kepala dia.

Aku ulang lagi sekali.
Bodoh orang2 camni. Ketuk kepala dia.

Aku merungut pasal "kenapa setengah family berpendapatan rendah kena pakai Perodua Viva padahal diorang sebenarnya deserve better." Safety better..kereta better..tapi dasar kerajaan sekarang membuatkan diorang terpaksa pakai kereta yang satu2 nya safety features dia adalah tali pinggang keledar.

Kenapa kerajaan tak ada rasa baik hati nak kurangkan cukai kenderaaan dan implementkan safety features dalam semua kenderaan? Kenapa kita perlu bayar untuk safety features sedangkan tiap2 kenderaan yang kita beli...kerajaan dah top up berapa percent cukai ke atas kereta tu? Rugi ke kerajaan kalau kurangkan sikit kutipan cukai dan gunakan wang tu untuk rakyat dapat airbag dan ABS? Walaupun sekarang dah wajibkan ada dua airbag tapi setakat itu aje la yang wajib. ABS mana? EBD mana? Cukai still sama percentage dia kan.

Kau cuba tengok Perodua Viva paling cikai sekali...660cc. Harga RM24 ribu tapi alarm pun tak ada. Selalunya siapa yang beli kereta murah ni? Orang yang tak berapa mampu. Nyawa orang yang tak berapa mampu ni tak sama ke dengan nyawa orang yang mampu pada kerajaan kita ni? Kenapa tak voidkan saja sikit cukai dekat model ni dan letakkan aje la safety features untuk orang2 yang tak mampu?

Proton Preve Malaysia comparekan dengan Proton Preve Australia. Mana better safety dia? Australia. Orang Malaysia cukai still kena, tapi kenapa compromisekan safety rakyat? Orang Malaysia tak layak ke ada side airbag dalam kereta ni? Kenapa kita dicukaikan tapi bila safety nak upgrade kena top up harga kereta?

Itulah sebabnya aku tulis benda semalam.

Aku frust dengan kerajaan Malaysia sekarang sebab diorang cakap tak serupa bikin. Rakyat didahulukan bullshit. Dalam bab cukai kenderaan dan safety features ni, dek kerana cukai, safety features dijadikan satu opsyen kepada yang mampu. Yang tak mampu hanya putih mata aje la.

Kita bawak kereta elok2 kalau lori nak langgar pun akan jadi jugak, apa protection untuk orang yang tak mampu, kerajaan?

Tak ada siapa nak compromise safety features kereta tapi ada antara kita yang terpaksa compromise, sebab kita tak mampu. Kalau tak faham apa itu compromise, maksudnya, korbankan. 

Golongan yang tak mampu tapi terpaksa beli kereta sebab nak angkut anak bini, cukai still dikutip jugak kan?Apa diorang dapat balik dari pihak kerajaan sendiri? Kalau ada yang mati sebab kereta dia tak ada airbag, safety features, brek huru hara bila emergency dan sebagainya, kerajaan la yang kena tanggung.

Sebab kerajaan buatkan benda2 tu jadi tak affordable pada diorang.

Nota - Walaupun baru2 ni kerajaan cuba wujudkan akta wajibkan ada airbag dan sebagainya tapi maaflah...asal bukan dacing pada aku PRU13 ni. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.