`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 8, 2013

JPNS TIDAK AKAN KOMPROMI




TIDUR......Mungkin Jame masih tidur kerana gagal mengambil tindakan terhadap seorang guru di SMK Balung, Arsad Alwi (berbaju merah) yang menggunakan kad pengenalan palsu dan masih mengajar sehingga kini.

KOTA KINABALU: Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) tidak akan berkompromi dengan mana-mana guru yang melibatkan diri dengan dasar yang bercanggah dengan dasar kerajaan.

Pengarah Pelajaran, Jame Alip, menegaskan kenyataan itu bukan suatu ugutan tetapi sebagai peringatan kepada para pendidik untuk menyokong dasar-dasar kerajaan sedia ada.
Katanya, guru sebagai agen kerajaan bertanggungjawab memastikan dasar-dasar kerajaan dipatuhi dan dilaksanakan.

Tambahnya lagi, walaupun guru dibenarkan terlibat dalam politik bagi gred-gred yang tertentu, namun guru tidak sepatutnya dilihat lebih aktif berpolitik daripada aktif mengajar dan mendidik murid.

“Guru adalah penjawat awam dan sebagai penjawat awam kenalah menyokong dasar-dasar kerajaan sedia ada. Jangan terlalu aktif dengan politik seperti berkempen atau menyokong suatu dasar yang bercanggah dengan dasar kerajaan sedia ada.

"Saya tidak akan berkompromi dengan guru-guru ini. Ini bukan ugutan tetapi peringatan kepada mereka, saya sayangkan semua guru dan mereka mempunyai masa depan yang cerah dan mungkin juga bakal menggantikan saya sebagai pengarah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena program jerayawara JPNS kelmarin di Sabah Trade Centre, Likas.

Sambungnya lagi, jika seorang guru meracuni fikiran murid-murid atau masyarakat secara amnya sehingga mencetuskan sentimen perkauman maka senario itu mampu merosakkan integrasi rakyat Malaysia.

Justeru beliau tidak mahu dengan kewujudan segelintir guru yang terlalu taksub dalam politik kepartian mencemarkan imej profesional seorang guru.

Nasihatnya agar para guru sebagai golongan intelektual harus dapat membedakan antara kerajaan dan politik kepartian.

“Penglibatan segelintir guru yang sangat taksub dalam politik kepartian sehingga menjejaskan peranan, tugas dan tanggungjawabnya sebagai guru haruslah dielakkan,” tegasnya.

Bagaimanapun Jame tetap menghormati pilihan guru yang sudah meletak jawatan dan memilih untuk aktif berpolitik.

“Ada juga guru yang sudah meletak jawatan dan terlibat dengan aktiviti politik, kita tetap hormati mereka. Itu adalah pilihan mereka cuma saya berharap mereka menyuarakan sesuatu perkara mengikut saluran yang betul dan bukannya teriak-teriak dalam Facebook,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Jame turut memaklumkan sebagai pengarah baru beliau akan meneruskan program-program sedia ada sama ada yang berkaitan dengan pengurusan ikhtisas mahupun berkaitan dengan pengurusan pentadbiran.

“Pada saya program sedia ada sudah memadai dan perlu dikekalkan. Walau bagaimanapun program-program ini perlu dinilai, disemak dan ditransformasikan kepada pendekatan dan kaedah yang lebih kreatif dan inovatif agar dapat memberikan impak yang tinggi,” katanya.

Ringkasnya Jame memberi penekanan kepada para guru untuk menjadi lebih kreatif dalam mendidik anak murid bagi memastikan prestasi akademik sentiasa dapat dipertingkatkan. (ST)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.