`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 26, 2013

Jurugambar Ditumbuk Samseng BN : Mana Tindakan Polis, SPR ?

samsengInsiden jurugambar ditumbuk samseng upahan BN pada ceramah kempen PRU 13 malam kelmarin masih belum diambil sebarang tindakan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam kejadian itu, seorang jurugambar akhbar China Press, Sin Kam Weng ditumbuk di telinganya ketika mahu menangkap gambar perbalahan kecil antara sekumpulan 50 samseng BN bermotorsikal yang mahu mengganggu ceramah DAP di Pusat Gerakan PAS di Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Sin, 24, kemudiannya membuat laporan di balai polis berhampiran Jelutong pada jam 10.41 malam.

Calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung, Abdul Malik Kassim berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan insiden sama berulang supaya media bebas menjalankan tugas daripada tindakan liar samseng BN.

“Polis dan SPR tak boleh berdiam diri apabila melibatkan insiden keganasan samseng yang berani menyerang secara fizikal.

“Kita kesal apa yang berlaku, samseng ini diupah sengaja untuk menimbulkan kekacauan,” katanya ketika dihubungi.

jurugambarDalam laporan polisnya, Sin berkata, apabila pergelutan berlaku, dia cuba untuk mengambil gambar tetapi telah ditumbuk di telinga kanan.

Menurut Sin, lelaki yang menumbuknya itu memberi amaran supaya tidak mengambil sebarang gambar.

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, kejadian itu tidak harus berlaku jika BN mahu bertanding dalam pilihan raya secara matang dan profesional.

“Serangan ini kerana BN takut dengan pengaruh Pakatan Rakyat. Sebab itu mereka gunakan samseng untuk menimbulkan huru-hara.

“Apa pun taktik jahat mereka, penyokong kita dinasihatkan supaya jangan cuba membuat serangan balas,” ujar penyandang kerusi DUN Batu Maung itu.

Ekoran keganasan itu, ceramah terpaksa dibatalkan bagi sebab-sebab keselamatan.

Kekecohan itu berlaku ketika Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo sedang berucap.~ kd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.