`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 24, 2013

Kecut bertanding di Pasir Mas, ini alasan Che Johan


Ibrahim_CheJohanDuit! duit! Mana kau duit!!, salah satu lirik lagu popular.
Che Johan Che Pa, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas mengejutkan ramai pihak terutamanya UMno sendiri di hari penamaan calon kerana tidak menghantar borang pencalonan. Memalukan UMno kerana awal-awal tarik diri.
Lama dia mencari alasan dan hari ini dia memberikan alasannya.
“Saya tidak mahu melihat pertandingan tiga penjuru yang akan memberi kelebihan kepada PAS. Saya sanggup korbankan jawatan dalam UMNO dan menarik diri sebagai calon semata-mata mahu melihat calon tewas sekaligus mengelakkan pecah undi. Semua sedia tahu bahawa Nik Mohamad Abduh adalah anak kepada Nik Aziz yang akan menyambung legasi ayahnya termasuk menggunakan Islam untuk kepentingan politik seperti doa pecah perut kepada pemimpin negara, doa K.O UMNO dan BN, menyifatkan rakyat yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebagai binatang dan mendakwa sembahyang orang UMNO tidak peroleh pahala. Semua ini harus ditamatkan,” – Che Johan Che Pa – Kosmo
Jawapan kepada alasan pengecut Che Johan di atas adalah, PAS bukannya Nik Aziz seorang dan bukannya Nik Abduh seorang. Kalaulah benar legasi Nik Aziz tak bersambung tetapi ia tetap diteruskan pendokong PAS. Juga kuatkah Ibrahim Ali untuk menumbangkan Nik Abduh?
Ada yang berkata tangan-tangan Mahathir di sebalik ini semua. Besar kemungkinannya Che Johan  ada perjanjian ‘baik’. Tentu banyak dia akan makan. Orang UMno takkan boleh redha begitu sahaja untuk melepaskan sesuatu. Cuba kira berapa ramai yang menjadi calon bebas dan sanggup dibuang parti? Kalau umpan tak besar, tentu dia akan menyerahkan borang pencalonan. Itu realitinya UMno.


- ekeleh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.