`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 25, 2013

Maklumat daftar pemilih ditukar, dakwa Tian Chua


Walaupun kini PRU13 sudah hampir, masalah tentang maklumat ditukar tanpa pengetahuan pengundi masih perlu diberi perhatian.
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Tian Chua mendakwa ramai pengundi mendapati maklumat peribadi mereka dalam daftar pemilih  sudah ditukar apabila membuat pemeriksaan terakhir menerusi laman internet.
“Walaupun sekarang ini kita sedang dalam proses berkempen untuk menghadapi PRU13 (Pilihan Raya Umum ke 13), masalah tentang maklumat ditukar tanpa pengetahuan pengundi masih perlu diberi perhatian.
“Perkara ini mengganggu pengundi dan akan mempengaruhi proses pilihan raya dalam sebuah sistem demokrasi,” kata beliau yang juga penyandang ahli parlimen Batu dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, di samping masalah maklumat pengundi ditukar tanpa pengetahuan pengundi sendiri, terdapat masalah kawasan mengundi ditukar dan didaftar sebagai pengundi pos.
Berhubung dengan isu ini, Tian Chua berkata, tiga bekas pelajar Taiwan yang kini telah kembali dan bekerja di Malaysia mendapati mereka didaftarkan sebagai pengundi pos.
“Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi serba salah sama ada harus pergi ke Taiwan untuk mengundi atau tidak,” katanya.
Tukar alamat
Sementara itu, seorang pengundi yang berasal dari Johor, dan kini menetap di Puchong, Selangor memberitahu, tiga rakan dan seorang rakan sekerjanya menghadapi masalah alamat mengundi ditukar tanpa pengetahuan mereka.
“Saya yakin ada usaha pihak tertentu untuk mengurangkan jumlah pengundi berbangsa Cina di kawasan tersebut.
“Tiga rakan saya terima surat dari Barisan Nasional (BN), menyuruh mereka pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi; seorang disuruh pulang ke Johor Bharu dan dua orang lagi disuruh pulang ke Seremban.
Menurut Tian Chua, mereka hairan sebab mereka sudah bertukar alamat mengundi memandangkan mereka pernah mengundi di kawasan Puchong pada pilihan raya yang lepas. Mereka juga hairan kenapa notis itu dikeluarkan oleh BN.
Selain itu, menurut laporan terbaru Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (MERAP) yang diumumkan pada 23 April lalu, terdapat seramai 28,593 pengundi berbangsa asing dan banyak nama yang disyaki statusnya sebagai pengundi yang sah.
Dalam pada itu, satu laporan terbaru menunjukkan bahawa terdapat seramai 30,000 orang berbangsa asing dalam senarai daftar pengundi, terutama di kawasan panas Selangor dan Sabah.
“Oleh itu, saya meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kes-kes tersebut, bukan membiarkan begitu sahaja,” kata Tian Chua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.