`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 22, 2013

Melayu mesti waspada pada Gunting MCA dalam Lipatan!


MCA advertisement in The Star
MCA advertisement in The Star
In the interest of fairness, perhaps someone should run an advert like this:
Behind the MCA, Gerakan and MIC is the power of Umno
Behind the MCA, Gerakan and MIC lies the manipulative power of Umno


Saya berterima kasih kerana diberi amanah oleh DAP untuk menjadi calun parlimen Raub. Kerana ianya memberi peluang kepada saya menerangkan kepada orang Melayu metos dan cerita dongeng yang UMNO lakukan keatas parti dominen cina ini. Parti2 lain yang satu gang dengan UMNO melakukan, apa yang anjing2 ribaan dan anjing larian lakukan.

DAP bukan milik orang cina, tapi melalui historical accident, ianya menjadi magnet kepada orang cina bergerak dalam politik. Orang Cina yakin kepada DAP kerana DAP berupaya beridentiti cina. Ini suatu yang semua mahukan- UMNO mahukan identity Melayu nya kekal asli- perkara yang serupa diinginkan oleh orang Cina. Mengapa perlu kita mempunyai masaalah dengan perasaan asas seperti ini?

Keinginan tersebut selagi tidak mencerderakan jiran nya yang sebelah, adalah suatu yang munasabah. Dan orang Cina melihat DAP lebih dekat dengan keinginan mengekalkan identiti cina mereka dari MCA. MCA adalah sebuah pliant tool kepada UMNO.

MCA –identiti nya Cina palsu yang menyebabkan matlamat perjuangan nya dianggap palsu. Kebanyakan orang cina telah hilang kepercayaan kepada MCA yang lebih suka menjadi anjing ribaan UMNO daripada mewakili kepentingan orang cina.

Saya bertemu ramai kenalan kebanyakan yang bijak pandai tidak boleh menerima mengapa orang Melayu masuk DAP. Bukankah DAP itu parti cauvinis cina dan mewakili kecinaan yang melampau? Yang hairan nya, mereka boleh terima saya menolak UMNO tapi tidak boleh menerima saya masuk DAP.  Macam mana kita menyelesaikan percanggahan pendirian ini? Tolak UMNO boleh tapi tak boleh terima DAP yang juga menolak UMNO.

Ertinya, menolak UMNO tidak ada masaalah. Tapi yang ada ialah prejudis dan sangka buruk kepada DAP.

Nyatalah orang Melayu tidak ada masaalah jika kita menolak UMNO, tapi ada masaalah dengan DAP. Tapi Melayu yang menolak DAP tapi tidak ada masaalah menolak UMNO, hanyalah suatu jenis Melayu sahaja. Mereka terdiri dari Melayu UMNO.

Apa dia Melayu UMNO ini? Ini golongan Melayu yang tidak ada nilai santun kepada jiran, tidak ada hati perut, tamak dan rakus dalam laku perangai, berjiwa kotor. Ini Melayu yang tergamak mengorbankan bangsa sendiri yang mahu memilih bangsa lain( jika di Raub). Ini Melayu yang tergamak bersekongkol dengan para pemfitnah mendedahkan aib seoarang suami dan seorang bapa. Ini Melayu yang berjiwa zalim sanggup menganiayai seorang isteri selama belasan tahun dan anak2 yang kecil ketika selama belasan tahun juga. Ini Melayu jenis yang Dr Mahathir ujudkan setelah dia merampas UMNO dalam tahun 1988.

Majority orang Melayu tidak bersikap demikian. Mereka tidak ada masaalah menolak UMNO dan tidak juga ada masaalah dengan kumpulan yang menolak UMNO. Kita ada persamaan matlmat. Matlamat nya yang penting.
Mereka menerima saya menolak UMNO. DAP menolak UMNO.  Sepatutnya kerana saya dan DAP menolak UMNO, maka mereka sepatutnya menerima juga DAP. Objektif dari dua kami adalah sama yakni penolakan terhaDAP UMNO . tapi mengapa penolakan saya mereka terima tapi penolakan DAP tidak diterima?

Maka jawapan nya, tidak lain kerana prejudis bangsa terhadap DAP. Jika DAP telah berjaya membuat orang Cina dan pengikut nya menerima Melayu sebagai PM, Agama Islam sebagai agama rasmi, taat kepada Perlembagaan dan Raja Melayu, ini membuktikan bahawa DAP tidak rasis.

Tapi UMNO yang sebenarnya parti yang menyuburkan faham rasis dan menyebabkan orang Melayu yang lemah lembut jadi rasis juga dan mempunyai sangka buruk. Itu sahaja yang menerangkan kebencian dan prejudis rakan2 saya bila saya meanggotai DAP. Rasa prejudis dan jahil mereka akan reality politik Malaysia.

Dan kenapa Melayu UMNO boleh pula menerima MCA yang 100% Cina daripada DAP yang bukan 100% Cina? Kerana UMNO ingat mereka boleh percaya MCA dari DAP. Sedangkan MCA itu api dalam sekam menyembunyikan agenda mereka yang sebenar yakni merasuah dan membeli semua pemimpin Melayu. Sedangkan perjuangan DAP bersandarkan prinsip2 dan boleh dilihat secara telus.

Maka pengjaran nya ialah : Lebih baik kita berganding dengan parti yang menyatakan agenda mereka dengan terang dan nyata, daripada sebuah parti seperti MCA yang menyembunyikan pisau dalam lipatan.  

Katalah kita terima DAP itu parti yang cauvinis cina? Eri nya apa? DAP memperjuangkan kepentingan orang cina seperti melindungi mereka dari kezaliman pemrintah? Orang Islam pun disurh oleh Tuhan menentang kezaliman sampai bila2 pun. DAP memperjuangkan peluang yang sama dan menentang kesamaan keberhasilan? Orang Melayu pun menentang perkara ini.

Mereka benci dan tidak dapat terima sebahagian kecil orang Melayu mendapat kekayaan kerana nama dan kedudukan istimewa mereka. Orang Melayu pun benci kepada Melayu yang mendapat jalan pintas mengayakan diri mereka kerana mereka mempunyai bin yang istimewa, ada kedudukan yang istimewa da nada kuasa yang disalahgunakan. Orang Melayu pun menentang kezaliman dan penganiayaan.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.